daging masak merah thai

Jika anda sedang mencari idea hidangan lauk yang sesuai untuk makan tengah hari atau malam, kami cadangkan anda cuba buat Daging Masak Merah Thai ini di rumah.

Resipi Daging Masak Merah Thai yang dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai di Facebook nampak begitu menyelerakan dan sesuai dijadikan sebagai lauk di rumah. Jom kita cuba!

Baca juga: Singgang Daging Terengganu Paling Beraroma, Kuah Masam Pedas Cukup Rasa!

RESIPI DAGING MASAK MERAH THAI

daging masak merah thai

Bahan utama:

  • Daging
  • Pewarna merah (pilihan)
  • Minyak

Bahan kisar atau tumis:

  • 2 hingga 3 ulas bawang putih (diketuk saja)
  • Cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Sos ikan secukup rasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula, ajinomoto

Bahan hiasan:

  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 8 hingga 9 biji cili padi hijau (dipotong dua)
  • 1 inci daun bawang (dipotong)
  • Daun sup (ditabur)

Cara-cara memasak:

1. Rebus daging bersama sedikit pewarna merah sampai empuk. Setelah lembut, angkat dan hiris nipis-nipis supaya daging mudah dimakan dan cepat serap kuah nanti.

2. Panaskan minyak dan goreng daging rebus tadi sekejap saja, cukup nak bagi garing di luar, tapi lembut di dalam. Setelah siap, angkat dan toskan.

3. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Gaul rata dan biarkan seketika.

4. Masukkan garam, gula dan sedikit ajinomoto. Jika suka pedas, boleh tambah lagi cili. Jika suka lebih manis, tambah gula sikit.

5. Masukkan daging goreng ke dalam kuah tumisan., gaul rata dan biar reneh sekejap supaya kuah meresap ke dalam daging.

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili padi hijau dan daun bawang, kemudian kacau sikit. Selepas itu, hias dengan daun sup.

Selamat mencuba!

Sumber: Hajal Aishah Zakirai

Baca juga: Daging Masak Merah, Tambah ‘Sos Ini’ Kalau Nak Merah Mengiurkan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN