kek lapis

Kek lapis neapolitan adalah sejenis kek lapis yang menggabungkan tiga lapisan berbeza dari segi warna dan perisa iaitu coklat, merah jambu (strawberi) dan putih (vanila).

Ia merupakan kek lapis kukus yang popular di Malaysia dan sering disajikan pada majlis-majlis khas atau sebagai pencuci mulut istimewa.

Kek ini bukan sahaja sedap dimakan, tapi juga cantik dipandang. Setiap lapisan dimasak satu demi satu, menjadikan hasilnya bukan saja cantik berlapis, tapi juga lembut bila dimakan.

Nak cuba buat sendiri di rumah? Jangan risau, resipinya tidaklah serumit mana. Asalkan sabar dan ikut langkah dengan teliti, pasti menjadi!

Baca juga: Resipi Kek Cream Cheese Lembut & Cair Di Mulut, Cuma Guna 3 Bahan Saja

RESIPI KEK LAPIS NEOPOLITAN

Bahan A:

  • 15 biji kuning telur (gred A)
  • 5 biji putih telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 250g gula kastor

Pukul semua bahan A hingga kembang dan gebu.

Bahan B:

  • 450g mentega
  • 1 sudu teh esen vanila

Pukul bahan B hingga kembang dan ringan.

Bahan C:

  • 100g tepung aiskrim vanila
  • 30g susu tepung
  • 170g tepung Hong Kong
  • 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)

Ayak semua bahan C bersama.

Bahan perisa:

  • Coklat emulco
  • Mocha emulco
  • Strawberry emulco

Cara penyediaan:

  1. Satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata hingga sebati.
  2. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan gaul hingga adunan sebati sepenuhnya.
  3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian iaitu satu bahagian campur dengan strawberry emulco, satu lagi dengan coklat emulco dan mocha emulco serta satu lagi dibiarkan plain.
  4. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Gris dan alas dengan kertas pembakar.
  5. Masukkan 4 sudu besar adunan untuk setiap lapisan.
  6. Bakar selapis demi selapis menggunakan api atas sahaja pada suhu 200°C selama 4 hingga 5 minit bagi setiap lapisan.
  7. Selepas setiap lapisan masak, cucuk dengan lidi untuk keluarkan gelembung udara dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis sebelum menambah lapisan seterusnya.

Sumber: Nor Sheemz

Baca juga: Resipi Kek Pandan Ogura Yang Ringan & Gebu Macam Kapas, Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN