
Kalau sedang cari resipi kek cream cheese yang mudah, gebu dan confirm jadi, resipi ini sesuai untuk anda. Hanya guna tiga bahan asas, sudah boleh buat kek yang sangat lemak berkrim dan lembut di mulut.
Sangat sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau dijadikan idea jualan kecil-kecilan. Tak perlu mixer mahal atau teknik rumit, memang sangat sesuai untuk beginner dan sedap tak terkata! Jom lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Span Marble Susu Tanpa Oven, Masak Guna Kuali Pun Boleh!
RESIPI KEK CREAM CHEESE 3 BAHAN

Bahan-bahan:
- 250 gram krim keju (cream cheese)
- ½ cawan susu pekat manis
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanila (pilihan – boleh abaikan jika tidak mahu)
Cara penyediaan:
- Pukul krim keju dan susu pekat hingga sebati, berkrim dan tiada ketulan.
- Asingkan putih telur dan kuning telur.
- Masukkan kuning telur ke dalam adunan krim keju tadi, gaul rata.
- Pukul putih telur hingga kembang dan menjadi meringue (bertanduk).
- Campurkan meringue ke dalam adunan krim keju. Gaul perlahan-lahan hingga sebati sepenuhnya.
- Panaskan oven pada suhu 160°C dan bakar selama 1 jam 30 minit.
- Waktu membakar boleh disesuaikan mengikut jenis oven masing-masing.
Tip tambahan:
- Untuk tekstur lebih gebu, gunakan teknik gaul balik (folding) semasa mencampurkan meringue.
- Boleh ditambah topping kegemaran seperti buah, krim atau coklat cair selepas dibakar.
Sumber: Sharifah Dora Perais
Baca juga: Resepi Kek Butter Sedap & Moist, Gebu Gebas Begini Baru Suami Sayang Lebih!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














