
Ikan kering memang sedap kalau digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas. Tapi ada satu masalah bila goreng ikan kering iaitu rasa masinnya kadang-kadang terlalu kuat!
Rasa masin yang kuat boleh buat hilang selera makan. Jangan risau, rupanya ada beberapa cara mudah untuk hilangkan rasa masin ikan sebelum digoreng.
Baca juga: Cara Buang Hanyir Ikan Patin Dengan Petua Paling Berkesan, Bau Lumpur Pun Hilang Tanpa Jejak!
CARA HILANGKAN MASIN PADA IKAN KERING

1. Rendam Dalam Air Garam
Petua ini mungkin kedengaran pelik, tapi ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk digunakan. Air garam sebenarnya boleh bantu keluarkan lebihan garam dari ikan kering. Caranya:
- Bancuh air dengan sedikit garam.
- Rendam ikan selama 15-30 minit.
- Bilas bersih sebelum digoreng.
Air garam akan ‘menarik keluar’ garam dari ikan. Bila dibilas semula, rasanya jadi lebih seimbang.
2. Rendam Dalam Air Kelapa
Kalau ada lebihan air kelapa segar, jangan dibuang! Ia boleh digunakan untuk menghilangkan rasa masin pada ikan kering. Caranya:
- Rendam ikan dalam air kelapa selama 1–2 jam.
- Kemudian bilas dan toskan.
3. Balut Dengan Kertas Surat Khabar
Ini petua turun-temurun yang berkesan dan masih digunakan sehingga sekarang. Caranya:
- Ambil beberapa helai surat khabar lama. Pastikan kering, bersih dan tidak koyak.
- Balut ikan satu per satu atau susun dalam lapisan dan bungkus kemas dalam surat khabar.
- Letakkan dalam bekas tertutup atau kawasan kering, elakkan tempat lembap atau terkena air.
- Biarkan semalaman (lebih kurang 6-8 jam). Kalau sempat, boleh biarkan hingga keesokan pagi.
- Keesokannya, buka balutan dan terus goreng atau bilas sedikit sebelum masak.
Sumber: Zanariah Mohamed Zain
Baca juga: Rahsia Ikan Goreng Cili Sedap Lain Macam, Rasa Pedas Beraroma Pasti Memikat Selera!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














