
Apabila melancong ke luar negara, antara cabaran utama bagi pelancong Muslim ialah mencari makanan halal, terutamanya makanan segera (kedai fast food).
Mujur, semakin banyak rangkaian makanan segera kini menyediakan menu yang disahkan halal, terutamanya di kawasan yang mempunyai komuniti Muslim yang besar.
Baca juga: My Resipi, Sirap Limau, VOCKET & Waktu Solat Malaysia Lancar Kempen ‘Halal Travel’
SENARAI KEDAI FAST FOOD YANG HALAL DI LUAR NEGARA
Berikut ialah senarai rangkaian makanan segera halal yang popular dan boleh dinikmati dengan yakin di pelbagai negara:
1. The Halal Guys

Bermula sebagai gerai kecil di jalanan New York, The Halal Guys kini berkembang ke seluruh dunia. Menu utama mereka ialah ayam dan daging gyro yang disajikan bersama nasi, roti pita dan sos putih yang ikonik. Semua menu mereka disahkan halal dan sangat popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Berikut adalah senarai negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan The Halal Guys:
- North Indian
- Earls Court, London
- Seoul, Korea Selatan
- Abu Dhabi, UAE
- Doha, Qatar
2. AlBaik

Kredit gambar: Caterer Middle East
Albaik terkenal dengan ayam goreng berperisa khas dan sos bawang putih yang unik. Ia adalah pilihan utama ramai di Arab Saudi dan sudah mula berkembang ke negara lain termasuk UAE dan Bahrain. Kesemua cawangannya menyajikan makanan 100% halal.
3. German Doner Kebab (GDK)

German Doner Kebab (GDK) adalah rangkaian restoran makanan segera yang berkonsepkan “fast casual”, terkenal dengan kebab gaya Jerman yang moden dan berkualiti tinggi.
Diasaskan di Dubai pada tahun 2013, GDK kini beribu pejabat di Glasgow, Scotland dan dimiliki oleh Hero Brands sejak 2017.
GDK mengkhususkan dalam kebab yang menggunakan roti waffle yang dipanggang, daging ayam dan lembu yang diimport dari Jerman, serta sos istimewa yang memberikan rasa unik. Semua bahan yang digunakan adalah halal, menjadikannya pilihan popular di kalangan pelanggan Muslim di seluruh dunia.
Sehingga 2024, German Doner Kebab telah berkembang ke beberapa negara di seluruh dunia seperti:
- United Kingdom
- United Arab Emirates
- Sweden
- Kanada
- Amera Syarikat
- Arab Saudi
- Qatar
- Ireland
4. Kedai Fast Food Halal (Chicking)

Diasaskan di Dubai, Chicking kini mempunyai cawangan di lebih 30 negara termasuk India, UK, Indonesia dan Malaysia. Ayam gorengnya yang rangup dan menu bergaya Timur Tengah menjadikan ia kegemaran ramai.
5. Kedai Fast Food Halal (Dixy Chicken)

Ditubuhkan pada tahun 1986, Dixy Chicken adalah antara rangkaian makanan segera halal paling lama bertapak di UK. Mereka menawarkan pelbagai jenis burger ayam, ayam goreng dan hidangan ala barat, semuanya halal.
6. Chicken Cottage

Chicken Cottage menawarkan hidangan ayam goreng, burger dan kebab dengan pelbagai rempah dan gaya. Kesemua daging yang digunakan adalah disahkan halal. Cawangan mereka boleh didapati di UK dan beberapa negara luar.
7. Kedai Fast Food Halal (G La Dalle)

Kredit gambar: Mon Resto Halal
Rangkaian ini sangat popular dalam kalangan komuniti Muslim di Perancis. G La Dalle menawarkan burger, ayam goreng dan kentang goreng dengan gaya Amerika, semuanya halal. Reka bentuk kedainya yang moden juga menarik perhatian golongan muda.
8. Elevation Burger

Elevation Burger terkenal dengan menggunakan daging organik dan 100% halal di beberapa cawangan mereka, terutamanya di negara-negara Teluk Arab iaitu Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Oman dan Bahrain.
Mereka menawarkan burger yang lebih sihat berbanding jenama fast food biasa.
9. KFC

KFC menyediakan pilihan ayam goreng halal di beberapa negara seperti UK, Malaysia, UAE dan Indonesia. Namun, penting untuk menyemak status halal setiap cawangan kerana ia berbeza mengikut lokasi.
10. Burger King

Kredit gambar: Tripadvisor
Seperti KFC, Burger King juga menawarkan menu halal di negara-negara tertentu. Di UK, misalnya, terdapat cawangan yang menggunakan daging yang disahkan halal. Sentiasa semak dengan cawangan sebelum membeli.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Sumber: Wikipedia, German Doner Kebab, Verdict Foodservice, The Halal Guys Official
Baca juga: Nak Travel Bajet? Ini 7 Trik Cari Makanan Halal & Murah Di Negara Orang!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














