resepi daging bakar danok

Nak cuba resepi daging bakar Danok yang sedap, berjus dan penuh aroma? Hidangan popular dari Thailand ini memang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang unik dan mudah disediakan.

Disertakan sekali dengan resipi sos Thai pencicah yang pedas, masam dan manis. Memang padu bila dimakan bersama daging yang dibakar sempurna. Jom cuba resipi mudah ini di rumah!

Baca juga: Resipi Singgang Daging Kelantan, Kuah Masam Pedas Ini Confirm Buat Tambah Nasi!

RESEPI DAGING BAKAR DANOK

resepi daging bakar danok

Bahan untuk daging bakar:

  • Beberapa ketul daging (dipotong sebesar penumbuk)
  • Beberapa ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Lada hitam secukupnya
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kicap
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan untuk sos thai:

  • 7 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi hijau
  • 5 biji cili padi merah (boleh tambah atau kurangkan ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3-4 sudu besar sos ikan
  • 2-3 sudu besar air limau nipis
  • 2 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Daun ketumbar (dihiris atau digunting halus)
  • Beras goreng tumbuk halus atau kacang tanah tumbuk (pilihan)

Cara buat daging bakar:

  1. Gaulkan potongan daging bersama bawang putih tumbuk, lada hitam, sos tiram, kicap, garam dan gula.
  2. Perap daging selama beberapa jam (lebih lama lebih sedap).
  3. Panaskan kuali leper atau magic pan dengan api kecil.
  4. Bakar daging atas kuali dengan sabar sehingga masak dan kekal berjus.
  5. Setelah masak, angkat dan hiris nipis semasa masih panas.

Cara buat sos thai:

  1. Tumbuk bawang putih bersama cili padi hijau dan merah hingga halus.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk.
  3. Tambahkan sos tiram, sos ikan, air limau nipis, gula dan garam.
  4. Masukkan daun ketumbar dan bahan tambahan seperti beras goreng tumbuk atau kacang tanah tumbuk jika suka.
  5. Gaul rata semua bahan. Untuk rasa yang lebih sebati dan sedap, sediakan sos lebih awal sebelum hidangan.

Sumber: Nadia Sukiran

Baca juga: Daging Masak Hitam Pekat Manis, Punyalah Sedap Sampai Makan Tak Berhenti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN