kilang khairul aming

Baru-baru ini, dalam satu siaran langsung di media sosial, usahawan terkenal dan pencipta jenama Sambal Nyet menjawab satu soalan menarik daripada netizen tentang tahap kebersihan di kilang Khairul Aming, tempat di mana Sambal Nyet dihasilkan.

Soalannya:

“Kenapa pekerja yang dah pakai tudung pakai sarung kepala (hair net)?”

Beliau memberikan jawapan yang jelas:

“Walaupun pekerja bertudung, anak-anak rambut masih boleh terkeluar dan tembus tudung. Untuk jaminan kebersihan makanan, kita memang tetapkan semua wajib pakai hair net,” jelasnya.

Baca juga: Video Memasak Pertemu Khairul Aming & PM New Zealand, Siap Sarapan Bersama!

Kilang Khairul Aming Utamakan Kebersihan

Beliau menegaskan bahawa kebersihan adalah keutamaan di kilangnya, apatah lagi kerana produk mereka adalah makanan yang diproses secara besar-besaran. Walaupun sudah bertudung, risiko rambut halus seperti ‘baby hair’ jatuh ke dalam makanan tetap ada, jadi langkah pencegahan ini penting.

Ini adalah sebahagian daripada prosedur operasi piawai (SOP) yang ketat untuk memastikan setiap botol Sambal Nyet dikeluarkan dalam keadaan bersih dan selamat.

Kualiti Diutamakan, Bukan Sekadar Untung

Pendekatan ini menunjukkan betapa seriusnya Khairul Aming dalam menjaga standard kebersihan, sama seperti syarikat makanan besar lain. Sikap profesional dan tegas terhadap SOP ini mendapat pujian ramai, malah dijadikan contoh oleh para usahawan lain.

Ramai netizen turut memuji tindakan beliau yang bukan sekadar mengejar keuntungan, tetapi juga menjaga kepercayaan pelanggan dengan memastikan proses pengeluaran berada pada tahap terbaik.

Baca juga: Khairul Aming Menang Besar Lagi! 40,000 Dendeng Laris Dalam Sejam, Raih RM600K Sekelip Mata

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN