kek pandan ogura

Pandan Ogura Cake adalah kek yang lembut, ringan dan gebu seperti span. Walaupun nampak macam kek premium, sebenarnya resipi ini tak susah pun nak buat.

Gabungan bau wangi pandan dan rasa lemak manis dari santan atau susu menjadikan kek ini cukup istimewa. Rasanya tak muak dan sesuai sangat untuk dijadikan pencuci mulut, minum petang atau buah tangan kalau ada majlis.

Apa yang menarik, kek ini tak perlukan banyak bahan pelik. Tekniknya cuma perlukan sedikit kesabaran, terutama semasa pukul putih telur dan bakar guna kaedah bain-marie (loyang berisi air). Tapi hasilnya memang berbaloi, jom cuba!

Baca juga: Resipi Kek Tiramisu Rasa Berlemak & Penuh Aroma Kopi, Buat Sendiri Dapat Banyak Bekas!

RESEPI KEK PANDAN OGURA

kek pandan ogura

Bahan A:

  • 5 biji kuning telur gred A
  • 1 biji telur gred A
  • 65g minyak jagung
  • 1/4 sk garam
  • 80ml santan pekat
  • 1 sk pes pandan

Bahan B:

  • 65g tepung superfine (diayak)

Bahan C:

  • 5 biji putih telur
  • 80g gula kastor
  • 1/4 sk cream of tartar

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170°C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci, gris dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Pukul hingga berbuih dan kembang. Masukkan bahan B, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan C hingga berbuih. Masukkan cream of tartar, pukul lagi.
  4. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga adunan putih telur kembang, bila diterbalikkan tidak jatuh.
  5. Masukkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur (langkah 2) tadi. Kaup balikkan. Kemudian, masukkan lagi baki adunan putih telur dan kaup balikkan hingga sebati.
  6. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan bakar selama 45 minit pada suhu 170°C menggunakan kaedah steambath. Keluarkan kek dari acuan bila sudah masak. Sejukkan sepenuhnya atas wirerack.

Sumber: Norlinah Bmj

Baca juga: Resipi Kek Kukus Guna 3 Bahan, Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN