ayam masak sambal

Resipi ayam masak sambal bawang ini tak sama macam ayam bawang biasa. Tekstur ayamnya rangup di luar, tapi lembut di dalam dan disalut dengan sambal pekat yang cukup rasa.

Jadi, jom kita tengok langkah demi langkah nak sediakan ayam masak sambal bawang ala mamak ini. Tak susah pun, janji ikut cara yang betul dan bahan-bahan semuanya lengkap.

Baca juga: Resipi Ayam Madu Tanpa Letak ‘Madu’, Guna 3 Bahan Ini Pun Tetap Jadi!

RESEPI AYAM MASAK SAMBAL BAWANG ALA MAMAK

ayam masak sambal

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ayam dipotong 4
  • Perap ayam dengan 3 sudu besar puri tomato, 2 sudu besar serbuk kunyit dan 1/2 sudu besar garam (gaul rata dan perapkan sekitar 30 minit)
  • 2 biji bawang besar India
  • 1 inci halia
  • 2 senduk cili kering kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1 cekak daun ketumbar
  • 2 batang daun kari
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar garam

Cara memasak:

  1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam bekas. Gaulkan bersama puri tomato, serbuk kunyit dan garam. Perap selama lebih kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak lebihan gorengan ayam tadi.
  4. Tumis bawang besar, halia dan daun kari hingga layu dan naik bau.
  5. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian, masukkan serbuk kari dan puri tomato. Gaul rata.
  7. Jika sambal terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Taburkan daun ketumbar dan teruskan memasak sehingga sambal pecah minyak sekali lagi.
  8. Masukkan serai, gula, dan garam. Gaul rata.
  9. Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi. Gaulkan ayam dengan sambal hingga sebati.
  10. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan!

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Tips Nasi Ayam Lebih Beraroma & Penuh Rasa, Sampai Esok Teringat Sedapnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN