
Kuih tepung pelita ini selalunya kita beli saja di gerai atau bazar kerana sangka proses pembuatannya leceh dan rumit. Tapi bila melihat perkongsian daripada Pak Haji, rupa-rupanya mudah sahaja! Tak perlu kukus pun dan kalau tak ada acuan khas, boleh guna apa-apa bekas.
Dengan hanya menggunakan bahan asas seperti tepung beras, gula, santan dan sedikit pewarna, kita dah boleh hasilkan kuih yang lembut, berlemak dan sejuk menyegarkan bila disimpan dalam peti ais. Memang sesuai sangat untuk pencuci mulut atau jamuan ringkas di rumah.
Apa yang menarik, resipi ini hanya perlukan kaedah masak atas dapur, kemudian terus tuang ke dalam bekas dan sejukkan. Mudah, cepat dan sedap! Sesuai untuk yang baru belajar memasak.
Baca juga: Cara Senang Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!
RESEPI KUIH TEPUNG PELITA TANPA KUKUS
Bahan-bahan untuk lapisan bawah (warna hijau):
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- 5 cawan air
- Sedikit air kapur (jika tiada pun tak apa)
- Pewarna hijau
- Gula halus (untuk tabur di dasar acuan – 1 sudu teh setiap satu)
Cara-cara buat lapisan bawah:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Kacau hingga sebati sebelum buka api.
- Guna api perlahan sahaja supaya adunan tidak berketul.
- Kacau hingga adunan betul-betul berkilat dan likat.
- Letak 1 sudu teh gula halus di dasar acuan atau bekas.
- Tuang adunan hijau tadi ke dalam acuan.
Bahan-bahan untuk lapisan atas (warna putih):
- 4 cawan santan pekat
- 4 sudu tepung beras
- Sedikit garam
Cara-cara buat lapisan atas:
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
- Kacau hingga sebati sebelum buka api.
- Guna api perlahan dan kacau hingga adunan pekat dan berkilat.
- Bila dah pekat, tuang di atas lapisan hijau yang telah diletakkan dalam acuan tadi.
Selamat mencuba! Tak perlu kukus pun, terus boleh makan bila dah sejuk. Senang, cepat dan sedap!
Sumber: Pak Haji
Baca juga: Cara Buat Kuih Pau Sambal Yang Mudah, Besar Dan Gebu Bukan Main Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














