
Tengah pening nak masak apa untuk keluarga, cuba resepi Mee Hailam sedap ini. Dengan kuahnya yang pekat dan meriah dengan isi, pasti buat keluarga anda berselera makan.
Mee Hailam ialah sejenis hidangan mee berkuah popular di Malaysia dan Singapura yang disukai ramai kerana kuahnya yang pekat, gelap dan penuh dengan rasa.
Perkongsian resepi Mee Hailam oleh Jessie Ooi di Facebook ini menggunakan bahan yang cukup lengkap dan membuatkan kuahnya sedap dihirup. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Mee Tarik Homemade, Buat Sendiri Tapi Sedap Macam Dekat Kedai
RESEPI MEE HAILAM SEDAP

Bahan-bahan:
- ½kg mee kuning
- ¼kg ayam dan daging (direbus)
- 10 ekor udang (saiz ikut citarasa masing-masing)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 1 sudu besar cili boh
- 1 ikat sawi hijau
- ½ batang lobak merah
- 1 potong kubis
- 1 bungkus baby corn (putik jagung muda)
- 2 tangkai daun sup dan daun bawang
- 2 biji limau nipis
- 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
- Sos cili
- Sos tomato
- Kicap
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, tumiskan bawang putih dan merah sampai betul-betul masak dan naik bau wanginya.
2. Kemudian, masukkan cili boh dan kacau semuanya sampai betul-betul masak. Jika tak masak cilinya, boleh sakit perut nanti.
3. Selepas itu, masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
4. Seterusnya, masukkan pula ajinomoto, gula dan garam (sukatan mengikut citarasa).

5. Kemudian, masukkan semua sayur lobak merah, kubis dan baby corn.
6. Selepas itu, masukkan mee, sos tomato dan sos cili.
7. Seterusnya, masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya sampai rata.
8. Setelah itu, masukkan kicap mengikut citarasa (jangan terlebih letak, takut masin nanti).
9. Akhir sekali, kacau semula sampai semuanya sebati dengan mee tersebut. Siap!
Setelah siap resepi Mee Hailam sedap ini, anda boleh tambah bahan hiasan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya. Makan pada waktu hujan, memang layan.
Selamat mencuba!
Sumber: Jessie Ooi
Baca juga: Resepi Mee Hailam Simple, Letak Bahan ‘Ini’ Terus Kuah Jadi Pekat Banjir!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














