temenung lemak

Salah satu lauk kampung yang menjadi kegemaran ramai ialah Ikan Temenung Lemak Masak Asam. Apabila hirup kuahnya, sampai tak sempat nak toleh kiri dan kanan.

Ikan Temenung Lemak Masak Asam menggunakan ikan temenung (juga dikenali sebagai ikan kembung) sebagai bahan utama. Ikan ini sesuai dimakan oleh semua orang, tak kira dewasa mahupun kanak-kanak.

Normah Izura Mahmud telah kongsikan resipi Ikan Temenung Lemak Masak Asam di Facebook yang telah membuatkan ramai kecur air liur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Air Asam Paling Mudah, Cara Masak Ini Buat Orang Kecur Air Liur

RESIPI IKAN TEMENUNG LEMAK MASAK ASAM

temenung lemak

Bahan-bahan:

  • Ikan temenung (boleh ganti dengan ikan talang, kayu atau jenahak)
  • Minyak masak
  • Garam
  • Kunyit
  • 6 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 inci halia (dimayang)
  • Air asam jawa secukupnya
  • Cabai melaka (dihiris serong atau diketuk)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Cabai merah besar (dihiris)
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit terlebih dahulu.

2. Kemudian, guna baki minyak goreng ikan tadi untuk tumis bawang putih dan halia sampai kekuningan.

3. Selepas itu, masukkan air asam jawa mengikut tahap kemasaman yang disukai.

4. Seterusnya, masukkan air biasa mengikut banyak mana kuah yang dimahukan.

5. Masukkan cabai melaka dan garam, kemudian biarkan mendidih sebentar.

6. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih dengan api perlahan.

7. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cabai merah besar, kemudian biarkan mendidih. Siap untuk dihidang!

temenung lemak

Dengan gabungan dua konsep masakan iaitu lemak dan masak asam, ia menghasilkan kuah yang berkrim tapi sedikit masam. Jika anda lahir di kampung, pasti suka lauk sebegini.

Selamat mencuba!

Sumber: Normah Izura Mahmud

Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN