
Apam tokyo atau lebih dikenali sebagai apam manja, adalah kuih tradisional yang lembut, gebu dan manis. Sesuai sebagai snek pagi atau petang, apam ini memang digemari ramai kerana rasa dan teksturnya yang ringan.
Walaupun kelihatan rumit, kuih ini sebenarnya sangat mudah disediakan di rumah dengan bahan-bahan asas. Jadi, jom kami kongsikan resipi mudah untuk menghasilkan apam tokyo yang gebu dan sedap.
Baca juga: Rahsia Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik, Rupanya Ada Tip Tak Pecah Waktu Menggoreng
RESIPI APAM TOKYO

Bahan-bahan untuk kulit:
- 1 cawan tepung gandum + ½ sudu teh baking powder (ayak bersama)
- 1 biji telur
- ¼ cawan gula
- ½ cawan susu segar
- ½ cawan air
- 1 sudu makan marjerin (dicairkan)
- Secubit garam
Bahan-bahan untuk inti:
- ½ cawan gula
- ½ cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung kastard
- ½ cawan air pati pandan
- 1 cawan santan
- Secubit garam
Cara-cara:
- Untuk menyediakan inti kastard pandan, satukan semua bahan di dalam periuk atau kuali.
- Seterusnya masak menggunakan api sederhana hingga likat. Padamkan api dan sejukkan inti.
- Bagi menyediakan kulit apam, pukul telur dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi hingga sebati.
- Sendukkan adunan ke atas non stick pan dan sudukan inti dengan secukupnya. (Saya guna piping bag sebab mudah nak picit inti).
- Lipat apam dan kepitkan. Ulang langkah sama hingga semua bahan habis.
Sumber: Azizah Mansor Shaipol Hanizam
Baca juga: Kek Kukus Coklat Dengan Sukatan Cawan, Bila Makan Rasa Gebu Dan Cair Di Mulut
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














