
Pelbagai hidangan udang yang sedap belaka, namun sekarang ramai yang tertarik dengan resepi Udang Kam Heong kerana lauk ini memang kena dengan citarasa orang Malaysia.
Udang Kam Heong adalah satu hidangan masakan Cina yang popular di Malaysia. Perkataan ‘Kam Heong’ berasal dari dialek Kantonis, bermaksud wangi emas yang merujuk kepada aromanya.
Nora Syikin telah kongsikan resepi Udang Kam Heong di Facebook yang sangat mudah dan boleh dimasak secara campak-campak saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’
RESEPI UDANG KAM HEONG

Bahan-bahan:
- Udang (goreng dulu dan ketepikan)
- Bawang besar (dicincang)
- Bawang putih (dicincang)
- Halia (dihiris halus)
- Cili padi (dihiris)
- Serbuk kari + cili kisar + air (buat macam pes)
- Daun kari
- Sos tomato
- Sos cili
- Kicap
- Sos tiram
- Lada hitam (ditumbuk)
- Sedikit air asam jawa
- Gula
- Garam (jika perlu)
- Ajinomoto
- Bawang besar (dihiris bulat)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng udang sebentar dan ketepikan terlebih dahulu.
2. Kemudian, tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, lada hitam dan daun kari sampai naik bau.
3. Masukkan pes campuran serbuk kari, cili kisar dan air tadi, kemudian tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan air asam jawa, sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap.
5. Perasakan dengan gula, ajinomoto dan garam jika perlu, sebab sos tiram dan kicap sudah cukup masin.
6. Akhir sekali, masukkan udang dan bawang yang sudah dihiris bulat, kemudian gaulkan sebati. Siap untuk dihidang!

Tak perlu susah payah fikir nak masak lauk apa, buat saja resepi Udang Kam Heong yang mudah ini dan kami yakin anda sekeluarga akan makan sampai licin pinggan nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Nora Syikin
Baca juga: Udang Goreng Berempah Sweet Sour, Aroma Wangi Sampai Tekak Pun Tergoda
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














