resepi laksa penang

Jika ditanya tentang juadah yang sesuai dibuat pada Hari Raya, mesti ramai akan jawab laksa. Apa kata sempena Hari Raya, anda buat resepi Laksa Penang yang terlajak sedap ini.

Laksa Penang atau dikenali sebagai Asam Laksa adalah sejenis hidangan sup terkenal di Pulau Pinang, Malaysia. Berbeza dengan laksa lain, rasanya agak masam dan sedikit manis.

Fatin Shahirah Razali telah kongsikan resepi Laksa Penang di Facebook dengan langkah demi langkah yang menjanjikan hasil cukup sempurna. Jom kita cuba!

Baca juga: Laksa Siam Dengan Kuah Pekat Berlemak, Sumpah Sedap Sampai Mengidam!

RESEPI LAKSA PENANG

resepi laksa penang

Bahan utama:

  • 1kg laksa

Bahan-bahan kuah laksa:

  • 1 ikat daun kesum (ambil daun saja)
  • 2 batang bunga kantan (belah dua)
  • 1 inci belacan
  • 3 keping asam keping
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 10 hingga 12 ekor ikan kembung atau ikan selayang
  • 1 mangkuk cili kering
  • Garam dan gula

Bahan-bahan tambahan:

  • Timun
  • Limau kasturi
  • Salad
  • Bawang merah
  • Telur (rebus)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, siang dan basuh ikan dengan bersih (saya guna 10 ekor ikan kembung, 2 ekor ikan selayang).

2. Rebus ikan dalam air yang banyak bersama 2 keping asam keping dan garam secukupnya sampai mendidih (jangan buang airnya sebab nak guna lagi nanti).

3. Setelah siap rebus, angkat dan sejukkan, kemudian asingkan tulang dengan isinya (jangan buang tulang, ketepikan dahulu).

resepi laksa penang

4. Ambil blender dan kisar isi ikan bersama air rebusan ikan tadi sampai halus, kemudian kisar tulang ikan pula sampai hancur dan tapiskan.

5. Kisar bawang besar bersama belacan, kemudian ketepikan.

6. Potong cili kering kecil-kecil dan rebus, kemudian kisar.

7. Selepas itu, tukar air dan rebus telur pula.

8. Masukkan isi ikan kisar, air tulang ikan, bawang dan belacan kisar, daun kesum, bunga kantan, asam keping serta 4 sudu cili kisar ke dalam periuk, kemudian kacau dan biarkan mendidih.

9. Akhir sekali, perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Siap untuk dihidang!

Jika anda ingin menyediakan juadah yang luar biasa pada Hari Raya, bolehlah buat resepi Laksa Penang ini. Dapat semangkuk, pasti menambah lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatin Shahirah Razali

Baca juga: Wanita Johor Ini Kongsi Resepi Laksa Johor Original, Hasil Kuah Menjadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN