cara masak lemang segera

Mulai hari ini, MyResipi akan kongsikan beberapa hidangan raya dalam Resipi Campak-Campak dan salah satunya adalah cara masak lemang segera di rumah yang mudah.

Lemang adalah hidangan tradisional Melayu yang terkenal dengan tekstur lembut dan kenyal. Biasanya, ia dihasilkan daripada beras pulut yang dimasak dalam buluh bersama santan.

Pada zaman moden ini, ramai memilih untuk gunakan lemang segera terutamanya buat mereka yang duduk di bandar kerana cara memasaknya lebih mudah dan cepat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan!

CARA MASAK LEMANG SEGERA

cara masak lemang segera

Bahan-bahan:

  • 5 paket lemang segera
  • 1 mangkuk serbuk santan
  • 2 liter air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan 2 liter air ke dalam periuk (jika tiada periuk nasi).

2. Selepas itu, biarkan air mendidih dalam periuk sebentar.

3. Apabila sudah mendidih, baru masukkan 1 mangkuk serbuk santan ke dalam periuk supaya lemang mudah dimasak.

4. Kemudian, masukkan 5 paket lemang segera (boleh didapati di mana-mana pasar raya).

5. Setelah itu, tutup periuk dan biarkan ia rebus selama 45 minit.

6. Akhir sekali, boleh angkat dan potong lemang. Siap untuk dinikmati!

Cara masak lemang segera ini sangat ringkas dengan menggunakan bahan yang mudah. Dalam masa yang singkat saja, anda boleh nikmati lemang yang lembut dan sedap di rumah.

Video penuh:

@myresipi Resipi Campak Campak Raya 1 | Lemang Segera Bahan: 5 paket lemang segera 1 mangkuk serbuk santan 2 liter air #myresipi #resipicampakcampak #indahkanmemori #ramadan2025 #menuraya #lemang #lemangsegera #masukberandamuu #masukberanda #fypシ゚ #fyp ♬ original sound – MyResipi

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Baca juga: Nasi Ayam Sedap Simple, Cara Masak Mudah Tapi Confirm Hasil Menjadi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN