
Resepi siakap kerabu mangga ini sangat mudah dimasak. Tidak perlu membazir hingga RM40 atau RM50 untuk hidangan ini di kedai, kadang-kadang harganya boleh menjadi lebih mahal.
Dengan modal yang lebih murah, anda tetap boleh menikmati hidangan yang sedap dan menjimatkan. Lebih baik masak sendiri di rumah dengan menggunakan resipi di bawah!
Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!
RESEPI SIAKAP KERABU MANGGA

Bahan-bahan goreng ikan siakap:
- 1 ekor ikan siakap
- 1 sudu kecil cukup rasa
- 1 sudu kecil kunyit
- 1 sudu tepung beras
Cara goreng ikan siakap:
- Gaul ikan dengan kunyit, cukup rasa dan tepung beras. Goreng hingga garing.
Bahan sos (bahan A):
- 5 ulas bawang putih
- Segenggam udang kering (disangai dahulu)
- ½ ketul gula melaka
- 1 sudu gula
- 1 sudu kecil cukup rasa
- 3 sudu besar sos ikan
- 2 biji cili padi hijau
- 2 biji cili padi merah
- 2 biji limau nipis (jika tak mahu terlalu masam, boleh guna 1 biji sahaja)
Cara penyediaan sos:
- Tumbuk kasar semua bahan A kecuali limau nipis. Perahkan limau nipis selepas bahan ditumbuk.
Bahan kerabu (bahan B):
- 1 biji mangga (disagat)
- 1 biji lobak merah (disagat)
- 2 biji tomato (dihiris nipis)
- 1 ikat daun ketumbar (dihiris)
- 1 biji bawang holland (dihiris nipis)
- 1 batang serai (dihiris nipis)
- 2 helai daun limau purut (dihiris)
- 2 batang kacang panjang (ditumbuk)
Bahan hiasan:
- Daun ketumbar
- Ikan bilis goreng
- Kacang tanah tumbuk
Cara penyediaan:
- Campurkan bahan A dan bahan B, gaul rata.
- Letakkan ikan goreng dalam pinggan.
- Tuangkan kerabu mangga di atas ikan.
- Hiaskan dengan ikan bilis goreng dan kacang tumbuk.
- Siap untuk dihidang!
Sumber: Noor Khadijah
Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Sedapnya Sebijik Macam Mak Masak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














