
Kuih raya klasik sering menjadi pilihan di setiap rumah pada Hari Raya. Buat anda yang ingin menggamit nostalgia seperti raya dulu-dulu, boleh cuba resepi Semperit Klasik ini.
Nak kenal Semperit Klasik ini mudah saja, cukup dengan melihat bentuknya segi empat tepat dan berwarna kuning, Biasanya, ia dihiasi dengan gula manik urai di atasnya.
Aishah Ismail telah kongsikan resepi Semperit Klasik di Facebook yang membuatkan ramai tertarik untuk buat sendiri di rumah sempena Hari Raya yang bakal tiba. Jom kita cuba!
Baca juga: Biskut Telur Rebus, Guna Resipi Ini Untuk Rasa Yang Cukup Klasik
RESEPI SEMPERIT KLASIK

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula aising
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Gula manik urai (sebagai hiasan)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
2. Selepas itu, pukul gula dan marjerin sampai kembang.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kemudian kacau lagi.
4. Seterusnya, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh serta tak melekat pada tangan.
5. Kemudian, guna acuan semperit dan potong lebih kurang dalam saiz 2 inci.
6. Setelah itu, susun dalam tray dan hias dengan gula manik urai.

7. Akhir sekali, bakar dengan menggunakan suhu 160ºC selama 15 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Siap untuk dinikmati!
Resepi Semperit Klasik ini bakal mengejutkan tetamu yang datang ke rumah kerana kuih ini membawa nostalgia lama, mengingatkan kita pada detik-detik indah beraya bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Aishah Ismail
Baca juga: Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan, Rangup Dan Cair Di Mulut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














