resepi seri muka

Semua orang suka makan kuih tradisional sebagai pencuci mulut sewaktu berbuka puasa. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Seri Muka sukatan cawan yang sangat mudah.

Seri Muka mempunyai lapisan pulut yang lembut di bahagian bawah dan pandan yang wangi di bahagian atas. Dengan rasa manis dan lemak yang seimbang, sesiapa pun takkan menolak untuk makan kuih ini.

SuiSan Aliezsha telah kongsikan resepi Seri Muka di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Seri Muka Gula Merah Tanpa Telur, Ini Rahsia Lapisan Atas Tak Berlubang

RESEPI SERI MUKA SUKATAN CAWAN

resepi seri muka

Bahan-bahan untuk bahagian bawah:

Bahan-bahan untuk bahagian atas:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, buat bahagian bawah dengan mencuci pulut dan toskan.

2. Selepas itu, masukkan santan dan garam.

3. Kemudian, kukus dalam bekas talam selama 25 minit.

4. Setelah itu, angkat dan penyek-penyekkan sampai padat.

resepi seri muka

5. Seterusnya, buat bahagian atas pula dengan kisar semua bahan sampai adunan halus.

6. Selepas itu, masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan tadi.

7. Akhir sekali, kukus selama 30 minit. Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Resepi Seri Muka sukatan cawan sesuai digunakan oleh mereka yang baru saja belajar buat kuih di rumah. Tambahan pula, hasilnya cukup lembut dan berlemak sempurna.

Selamat mencuba!

Sumber: SuiSan Aliezsha

Baca juga: Guna Periuk Nasi Pun Boleh Buat Kuih Seri Muka Simple, Tak Sangka Mudah Caranya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN