
Tercari-cari idea menu sahur yang ringkas tetapi mengenyangkan? Apa kata jom cuba resepi wrap daging yang ringkas dan mudah ini.
Dengan hanya menggunakan bahan-bahan ringkas, anda sudah boleh menghasilkan hidangan sahur yang lazat.
Kalau dah bosan makan nasi, kita tukar selera dengan sesuatu yang berbeza sedikit. Sesekali mencuba menu baru apa salahnya kan?
Baca juga: Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad
RESEPI WRAP DAGING

Bahan-bahan:
– Tortilla wrap
– Sayur salad
– Bawang holland
– Timun
– Tomato
– Daging kisar/daging burger
– Serbuk lada hitam dan lada putih
– Sedikit garam dan serbuk perasa
– Mayo
– Sos cili
– Slice cheese dan cheezy sos
Cara-cara:
1. Tekapkan daging di atas roti wrap dan perasakan secukupnya. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masak daging hingga masak sepenuhnya.

2. Letakkan keju di atas daging dan teruskan memasak seketika sehingga keju cair dan permukaan wrap sedikit garing.
3. Sediakan bahan-bahan hiasan.

4. Selepas wrap tadi dah garing, hiaskan dengan bahan hiasan tadi.

5. Tambahkan sos pilihan seperti sos cili, mayonis, sos keju, atau mana-mana sos kegemaran anda.

6. Lipat roti wrap dengan kemas, dan hidangan sedia untuk dinikmati!

Sumber resipi dan gambar: Hawa Mohd Amin
Baca juga: Resipi Wrap Telur Rangup & Sedap, Nampak Ringkas Tapi Sangat Mengenyangkan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














