talam pandan

Jom MyResipi kongsikan cara buat kuih talam pandan yang lembut, berlemak dan manis cukup rasa. Resipi ini hasil perkongsian oleh Puan Rahmah Rosmin.

Jika ikut resipi ini, dijamin akan menghasilkan kuih talam yang kena dengan selera anda. Sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut selepas berbuka puasa.

Baca juga: Cara Senang Buat Kuih Badak Berendam, Lembut & Lemak Manis!

RESEPI KUIH TALAM PANDAN

talam pandan

Lapisan Bawah (Warna Hijau)

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula (kurangkan sedikit)
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (blender dari 7 helai daun pandan)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar air kapur yang jernih (optional)
  • Sedikit pewarna hijau epal dan merah

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan bahagian bawah dan tapiskan ke dalam periuk. Masak sekejap atas dapur guna api perlahan hingga naik wap. Kena sentiasa kacau.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilapik plastik dan disapu dengan sedikit minyak.
  3. Kukus selama 20 minit menggunakan api sederhana.
  4. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit menggunakan api besar (tanpa tutup pengukus). Kemudian, cakar-cakar sedikit permukaan kuih.

Lapisan Atas (Warna Putih)

Bahan-bahan:

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam (biar agak masin sedikit)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan bahagian atas dan tapiskan ke dalam periuk. Masak sekejap guna api perlahan hingga naik wap. Kena sentiasa kacau.
  2. Tuang adunan putih ke atas bahagian hijau tadi dan kukus selama 20 minit menggunakan api sederhana.
  3. Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan kukus lagi 5 minit menggunakan api besar (tanpa tutup pengukus).
  4. Siap! Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.

Tips: Untuk mendapatkan talam yang cantik, setiap kali mengukus, selepas 7-10 minit, buka tutup pengukus dan lap bawah tudung pengukus. Kemudian, tutup dan kukus semula. Ulang hingga siap.

Sumber: Rahmah Rosmin

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Yang Sedap & Tak Lembik, Sukatan Kecil Untuk 2-3 Orang Makan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN