acuan tepung pelita

Pernah kecoh tentang Tepung Pelita yang mempunyai stapler, jadi ramai takut untuk beli kuih ini. Sebenarnya, acuan Tepung Pelita boleh dibuat tanpa menggunakan lidi dan stapler.

Tepung Pelita merupakan manisan paling popular di Malaysia, terutama di bulan Ramadan. Sampaikan, kuih ini menjadi antara yang wajib dibeli ketika berada di bazar Ramadan.

Oleh kerana Tepung Pelita mempunyai rasa lemak manis, ia sesuai dimakan sewaktu berbuka puasa. Namun, kuih ini tak berapa tahan lama kerana dibuat daripada santan.

Perkara yang paling merisaukan apabila beli kuih ini adalah ramai peniaga yang masih menggunakan stapler pada acuan. Sebenarnya, ia agak berbahaya terutama kepada kanak-kanak atau golongan emas.

Tak perlu gunakan lidi dan stapler, anda boleh ikut cara buat acuan Tepung Pelita ini dengan langkah demi langkah yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Tutorial Menyiang Ikan Cara ‘Newbie’, Sesuai Untuk Orang Yang Baru Masuk Dapur!

CARA BUAT ACUAN TEPUNG PELITA TANPA LIDI DAN STAPLER

1. Mula-mula, lipat daun pandan sampai dapat 6 bahagian.

acuan tepung pelita

2. Selepas itu, gunting lebihan daun, jangan buang sebab nak pakai untuk dijadikan alas acuan.

acuan tepung pelita

3. Kemudian, gunting separuh lipatan tadi pada setiap bahagian.

acuan tepung pelita

4. Seterusnya, pusing sampai dapat bentuk segi empat dan ia akan kelihatan seperti bekas.

acuan tepung pelita

5. Potong hujung daun supaya nampak lebih kemas dan mengelakkan hujung daun yang tajam terkena pada jari.

6. Setelah itu, rapikan setiap bucu bekas supaya nampak kemas.

7. Akhir sekali, letak lebihan daun pandan yang digunting awal-awal tadi untuk tutup lubang sebagai alas acuan. Siap!

Selain menggunakan daun pandan, acuan Tepung Pelita juga boleh dibuat menggunakan daun pisang juga. Walaupun berbeza penggunaan jenis daun, namun aroma kuih tetap wangi apabila dimakan.

Setelah tahu cara buat acuan Tepung Pelita tanpa menggunakan lidi dan stapler ini, bolehlah anda buat kuih tanpa rasa risau lagi. Buat para peniaga pula, anda dapat menjualnya dengan lebih yakin selepas ini.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: YouTube Na Cham Kitchen

Sumber: dianamumin

Baca juga: Tutorial Acuan Kon Apam Cornetto Mini, Buat Siap-Siap Baru Tak Kalut Nanti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN