resipi ikan masak cuka

Buat anda yang sedang mencari idea lauk yang ringkas dan mudah dibuat, anda boleh gunakan resipi Ikan Masak Cuka yang cukup lazat dan menyelerakan ini.

Ramai yang suka buat Ikan Masak Cuka ini di rumah kerana cara memasaknya cukup mudah. Selain itu, lauk ini mempunyai gabungan rasa masam, manis dan pedasnya yang sangat harmoni.

Syahirah Omar telah kongsikan resipi Ikan Masak Cuka di Facebook dan kami yakin resipi ini bakal menjadi salah satu hidangan kesukaan anda nanti. Jom kita cuba!

Baca juga: Ikan Masak Asam Paling Mudah Dengan 5 Langkah, Hirup Kuahnya Rasa Nikmat!

RESIPI IKAN MASAK CUKA

resipi ikan masak cuka

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Garam (untuk gaul dengan ikan)
  • Serbuk kunyit (untuk gaul dengan ikan)
  • Bawang merah atau bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • 1 sudu besar biji sawi
  • Cili api merah dan hijau (dihiris)
  • Cuka
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, gaul ikan dengan ayam dan serbuk kunyit terlebih dahulu.

2. Apabila minyak sudah panas, boleh goreng ikan sampai masak.

resipi ikan masak cuka

Kredit Gambar: mdjaff dari Freepik

3. Kemudian, tumis bawang merah atau bawang besar, bawang putih, halia, cili api merah dan hijau yang telah dihiris tadi sampai naik bau.

4. Apabila sudah naik baunya, masukkan biji sawi.

5. Setelah itu, masukkan cuka dan air, ikut suka nak kuah banyak mana dan tahap masam yang diinginkan.

6. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng awal-awal tadi.

7. Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Siap untuk dihidang!

Apabila buat Ikan Masak Cuka ini, anda boleh tentukan seberapa masam dan pedas yang diinginkan. Paling penting, kena pandai agak-agak supaya rasanya kena dengan citarasa anda.

Anda boleh gunakan pelbagai jenis ikan untuk membuat resipi Ikan Masak Cuka seperti kembung, tongkol atau bawal. Selain itu, guna ikan merah pun sedap dan pasti memuaskan.

Selamat mencuba!

Sumber: Syahirah Omar

Baca juga: Ikan Merah Masak Sup Paling Simple, Kuah Sedap Begini Mesti Kena Puji Nanti

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN