ikan sungai

Seorang pengguna laman sosial Facebook baru-baru ini berkongsi petua arwah ibunya mengenai cara menggoreng ikan sungai sehingga rangup hingga ke tulang.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, membangkitkan nostalgia serta rasa rindu terhadap masakan ibu di kampung.

Ikan sungai memang terkenal dengan rasa manis dan lemaknya, namun tulang-tulang halusnya sering kali menjadi cabaran untuk menikmatinya sepenuhnya.

Namun, dengan petua mudah di bawah, anda boleh menikmati keenakan ikan ini tanpa perlu risau tercekik tulang. Bayangkan, setiap gigitan yang kriuk-kriuk rangup pasti membuatkan nasi bertambah!

Baca juga: Tip Buat Pes Perapan Homemade, Barulah Ikan & Ayam Goreng Lebih Sedap

PETUA GORENG IKAN SUNGAI RANGUP

ikan sungai

“Petua arwah mak kalau goreng ikan sungai. Kelar rapat-rapat, goreng sedikit garing. Tak payah risau tercekik tulang dah, rangup je bila kunyah.”

Cara-caranya:

  1. Sebelum menggoreng, kelar bahagian tubuh ikan secara rapat-rapat dengan pisau tajam. Ini membantu proses pemasakan dan memastikan ikan masak dengan lebih sekata.
  2. Goreng ikan dengan minyak yang cukup panas dan biarkan ia masak hingga sedikit garing. Jangan terlalu lama agar ikan tetap juicy di dalamnya.
  3. Dengan cara kelar dan menggoreng ini, ikan akan menjadi rangup sampai ke tulang. Tidak perlu risau tentang risiko tercekik tulang.

Sumber resipi dan gambar: Tasha Aidil

Baca juga: Resipi Kuah Tiga Rasa Asli Thai, Curah Atas Ikan Siakap Rangup Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN