jenis-jenis telur ayam

Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib ada di dapur. Sebenarnya, ada jenis-jenis telur ayam yang berbeza pada kualitinya.

Hampir semua orang suka makan telur, lebih-lebih lagi telur ayam. Selain mudah diperolehi, ia boleh digunakan untuk membuat pelbagai hidangan yang sedap dan berkhasiat.

Di bawah kami kongsikan jenis-jenis telur ayam yang popular di Malaysia dan setiap satu ada kualitinya tersendiri. Jadi, anda boleh tentukan mana yang nak dipakai untuk masak nanti. Jom kita tengok!

Baca juga: 5 Cara DIY Dari Kotak Telur Terpakai, Rupanya Boleh Guna Buat Alas Periuk Juga

JENIS-JENIS TELUR AYAM

1. Telur Omega

jenis-jenis telur ayam

Kredit: Foto oleh Erika Varga dari Pixabay

Selain bagus untuk jantung dan otak, Telur Omega juga mngandungi Asid Lemak Omega-3 yang rendah kolesterol dan bagus untuk kesihatan. Namun, harganya agak mahal di pasaran.

Telur Omega ini dihasilkan menerusi ayam betina yang dietnya kaya dengan Asid Lemak Omega-3, di mana ia makan dedak ayam yang bukan biasa-biasa.

2. Telur Ayam Kampung

jenis-jenis telur ayam

Kredit: Foto oleh NoName_13 dari Pixabay

Jika anda duduk di kampung, lebih mudah untuk dapatkan Telur Ayam Kampung berbanding di tempat lain. Apabila dilihat, saiznya lebih kecil daripada jenis-jenis telur ayam lain.

Telur Ayam Kampung mempunyai kelebihan zat vitamin A, E, Omega-3 dan beta karotin. Malah, kolesterol dan lemak tepu juga sedikit berbanding telur biasa.

3. Telur Gred

Kredit: Foto oleh Matthias Böckel dari Pixabay

  • Gred AA

Tak dinafikan Telur Gred AA ini mempunyai kualiti yang paling tinggi berbanding Telur Gred lain. Oleh kerana harganya paling mahal, jadi biasanya restoran terkemuka yang gunakannya.

  • Gred A

Telur Gred A mempunyai kualiti yang bagus dan harganya lebih murah daripada Telur Gred AA. Biasanya, mereka yang berniaga kuih dan kek akan gunakan telur jenis ini.

  • Gred B

Walaupun Telur Gred B ini kurang mendapat sambutan kerana grednya, namun ia mempunyai kualiti yang berpatutan dan harganya juga cukup berbaloi.

  • Gred C

Jika anda antara orang yang memasak di rumah pada setiap hari, jadi disyorkan untuk pilih Telur Gred C saja. Walaupun kualitinya rendah, namun harganya paling murah daripada telur gred lain.

Nak pilih antara jenis-jenis telur ayam ini tak susah mana pun kerana ia bergantung kepada keperluan dan kehendak masing-masing. Kesimpulannya, pilih ikut citarasa dan kegunaannya.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Moira Nazzari, Matthias Böckel dari Pixabay

Sumber: ameera

Baca juga: 6 Bahan Ini Boleh Jadi Pengganti Telur Dalam Masakan, Tetap Sedap Macam Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending