Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan masamnya yang seimbang membuatkan ia menjadi pilihan yang sempurna untuk makan malam.
Tambahan pula, hidangan ini sesuai juga untuk berbuka puasa. Kombinasi ayam, sosej dan pasta angel hair pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Dalam entri ini, kami sertakan sekali tip untuk bagi hidangan ini lebih sedap.
Baca lagi: Agar Agar Cermin Susu, Nak Hasil Elok Dan Cantik Berkilat Guna Resipi Ini
RESIPI PASTA AYAM GORENG PEDAS
Bahan-Bahan Utama:
- ½ pek pasta angel hair (rebus sehingga lembut, tapis, dan ketepikan)
- 2 keping dada ayam (dipotong kecil)
- 1 batang sosej (dihiris nipis)
- Baby tomato (dibelah dua, ikut jumlah yang disukai)
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji bawang kecil (dipotong dadu)
- 4 sudu besar cili kisar
- 5 sudu besar sos tomato
- 5 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tiram
- Sedikit perahan lemon
- 1 sudu kecil oregano
- Garam dan penambah perisa (jika perlu)
- Daun salad (dicincang kasar atau dibiarkan sehelai-sehelai untuk hiasan)
Cara-Cara Penyediaan:
1. Didihkan air dalam periuk besar dan tambah sedikit garam. Rebus pasta angel hair sehingga lembut (anggaran 3-5 minit kerana teksturnya yang halus). Tapis dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
2. Panaskan kuali dan tambah sedikit minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan potongan ayam ke dalam kuali. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
5. Tambahkan sos cili, sos tomato, dan sos tiram ke dalam kuali. Gaulkan bersama ayam hingga sebati.
6. Masukkan pasta rebus dan kacau sehingga semua bahan menyelaputi pasta dengan rata.
7. Masukkan hirisan sosej dan baby tomato ke dalam pasta. Kacau perlahan untuk mengelakkan tomato hancur.
8. Tambahkan sedikit perahan lemon untuk rasa masam yang menyegarkan. Perasakan dengan garam dan penambah perisa secukup rasa.
9. Setelah semua bahan sebati, taburkan oregano kering di atas pasta.
10. Masukkan daun salad yang telah dicincang untuk rasa segar. Kacau rata dan hidangan anda siap.
Tip tambahan:
- Gunakan pasta angel hair kerana ia lebih ringan dan cepat masak, namun pasta lain seperti spaghetti atau fettuccine juga boleh digunakan.
- Untuk rasa yang lebih pedas, tambahkan cili padi yang telah dihiris halus semasa tumisan.
- Anda boleh menambah keju parmesan sebagai taburan akhir jika menggemari rasa yang lebih berkrim.
Sumber: Eniza M. Salim
Baca lagi: Resipi Muffin Telur Tomato Guna Air Fryer, Cara Mudah Tapi Mengenyangkan!