Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan sangat sedap. Tapi, pernah tak anda cuba cara membuat kek batik Magnum?
Resipi ini memang lain dari kek batik biasa kerana ia disaluti dengan lapisan coklat seperti aiskrim Magnum. Confirm buat sesiapa saja terliur!
Cara membuatnya juga tak susah mana pun, cuma ada beberapa langkah tambahan. Tapi hasilnya memang berbaloi! Jom lihat resipi penuh di bawah.
Baca juga: Resipi Kek Coklat Mousse, Tekstur Lembut & Creamy Macam Makan Aiskrim!
CARA MEMBUAT KEK BATIK MAGNUM
Bahan A:
- 5 biji telur (gred A)
- 30g serbuk koko
- 100g Milo
- 125g mentega
- 80g gula kastor
- 100g tepung gandum
- 200g susu pekat manis
- 1/4 tsp garam halus
- 1 tsp serbuk vanila
Bahan B:
- 220g biskut Marie (ori)
Bahan coklat magnum:
- 100g badam cincang (disangai)
- 300g dark coklat Callebaut
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam pengisar dan blend sehingga sebati.
- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak sehingga adunan kental.
- Seterusnya, masukkan bahan B dan kacau sehingga semua biskut bersalut dengan adunan.
- Tuangkan adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas dengan plastik.
- Ratakan adunan kek dan tekankan sedikit. Simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.
Cara membuat coklat magnum & salut:
- Seterusnya, sangai badam cincang sehingga keperangan. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan cairkan coklat.
- Tuangkan badam cincang tadi ke dalam coklat cair dan kacau sebati.
- Potong kek batik mengikut saiz kesukaan.
- Akhir sekali, gaulkan atau salutkan kek batik dengan coklat Magnum tadi.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Resepi Masakan Ibu Ibu Comel
Baca juga: Kek Coklat Moist Tanpa Tepung Gandum, Resipi ‘Gluten-Free’ Ini Pasti Ramai Suka!