jenis santan kotak

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya, anda hanya perlu tahu jenis santan kotak yang sesuai digunakan untuk masak.

Santan kotak atau disebut juga sebagai santan segera adalah bahan paling penting sewaktu memasak. Jika tiada di dapur, memang rasa tak lengkap.

Tanyalah sesiapa pun yang beli barang dapur, pasti santan kotak ada dalam senarainya. Sebelum beli, kenalah ambil tahu tentang jenis santan kotak yang sesuai untuk masak.

Berikut merupakan antara jenis santan kotak di pasaran yang sering digunakan. Jom kita tengok jenis yang ada!

Baca juga: Syoknya Dapat Minum Susu Kotak Pelbagai Perisa, Setiap Jenis Ada Kelebihan Ini

5 JENIS SANTAN KOTAK

1. Krim kelapa

jenis santan kotak

Oleh kerana teksturnya lebih pekat dan kental, maka santan kotak ini lebih sesuai digunakan untuk masakan yang berkuah pekat seperti rendang. Selain itu, ia juga merupakan pilihan terbaik untuk orang yang baru belajar masak.

2. Santan kelapa

jenis santan kotak

Kepekatan santan kotak ini adalah pada tahap pertengahan, iaitu tak terlalu pekat atau cair. Oleh sebab itu, ramai yang sering gunakan santan kotak ini untuk buat masakan yang berkuah cair seperti masak lemak, kari dan gulai.

3. Santan kelapa trim

jenis santan kotak

Santan kotak ini mempunyai kepekatan yang sama seperti santan kelapa biasa. Walaupun kegunaannya sama, namun kandungan lemak di dalamnya telah dikurangkan dan ia sesuai buat mereka yang sukakan hidangan kurang berlemak.

4. Santan kelapa super light

Walaupun kandungan lemak yang tertinggal di dalam santan kotak ini sangat sedikit, namun rasa dan aromanya tetap sama seperti santan biasa. Biasanya, orang gunakan santan kotak ini untuk buat stew, pencuci mulut seperti smoothies, kuih-muih, kek dan nasi.

5. Santan kelapa serbuk

Tak ramai yang tahu selain bentuk cecair, santan kotak juga ada dalam bentuk serbuk. Ramai yang gunakannya untuk buat agar-agar, puding atau masakan yang terlampau cair. Oleh kerana bentuknya serbuk, jadi ia lebih mudah disimpan.

Kesimpulannya, info tentang jenis santan kotak ini sangat berguna terutamanya buat mereka yang suka memasak. Nak beli nanti, boleh rujuk senarai ini dulu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: 6 Jenis Susu Tin Yang Dijual Di Kedai, Dah Tahu Pilih Mana Satu Sesuai!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN