Pencuci mulut yang sedang tular ini terkenal dengan rasa kopi yang kaya dan tekstur yang berkrim. Resepi tiramisu tanpa telur ini sangat mudah disediakan dan sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan.
Resipi tiramisu ini menghasilkan 4 hidangan yang pasti memikat selera. Ia juga boleh disediakan dalam gelas kecil untuk memudahkan penyajian individu, terutama semasa majlis keramaian.
Jom cuba buat, pasti sedap dan puas hati!
Baca lagi: Chewy Chocolate Chip Cookies Untuk Kudapan Raya, Sedap Sangat Hasilnya!
RESEPI TIRAMISU TANPA TELUR
Bahan-Bahan:
- 250ml Whipping Cream
- 4 sudu besar Gula Icing
- 250g Krim Keju (Cream Cheese)
- 400ml Bancuhan Nescafe (tanpa gula, campuran kopi dan air)
- 12-15 Biskut Ladyfinger
- Serbuk Koko (untuk hiasan)
Langkah-Langkah Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul whipping cream bersama gula icing sehingga mencapai tekstur soft peak. Ini bermaksud adunan cukup kental untuk membentuk puncak lembut. Ketepikan adunan untuk digunakan kemudian.
2. Pukul krim keju dalam mangkuk berasingan bersama 2-3 sudu besar bancuhan nescafe.
3. Pastikan krim keju menjadi kembang dan licin.
4. Satukan whipping cream yang telah dipukul tadi ke dalam adunan krim keju dan pukul hingga semuanya sebati tanpa ketulan.
5. Celupkan biskut ladyfinger ke dalam lebihan bancuhan nescafe. Jangan rendam terlalu lama supaya biskut tidak hancur.
6. Susun biskut dalam bekas pilihan anda. Jika menggunakan gelas, potong biskut kepada saiz kecil supaya muat dengan ruang gelas.
7. Ambil adunan krim keju dan ratakan di atas lapisan biskut. Jika menggunakan gelas, masukkan adunan ke dalam piping bag untuk hasil yang lebih kemas.
8. Taburkan serbuk koko di atas lapisan krim menggunakan penapis kecil supaya serbuk koko kelihatan rata dan halus.
9. Ulang langkah penyusunan biskut dan lapisan krim untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua lapisan.
10. Di bahagian atas sekali, taburkan serbuk koko dengan lebih tebal untuk penampilan yang menarik.
11. Sejukkan tiramisu dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2-3 jam. Proses ini membantu mencipta tekstur yang lebih padat dan rasa yang lebih kaya.
Tips dan Nota Tambahan:
- Jika anda menggunakan mascarpone cheese, tekstur tiramisu akan lebih tegap dan cantik terbentuk.
- Jika anda menggunakan jenis krim keju lain, campurkan gelatin untuk membantu menstabilkan adunan. Gandakan bancuhan jika ingin mendapatkan tekstur yang lebih penuh seperti kek.
Sumber: Keroroyz Royz
Baca lagi: Cara Masak Miang Pla Pao, Guna Resipi Ini Untuk Dapat Hasil Sedap Macam Kedai Thai
Related Posts
Resipi Popular
Tips Nasi Dagang Cantik Elok, Kena Campur Beras Basmathi & Beras ‘Ini’
Resipi Masak Lemak Kobis, Ada TIP Supaya Kuah Menjadi Elok!
Burnt Cheesecake Air Fryer Anti Gagal, Resipi Ini Boleh Siap Dalam 30 Minit!
Sayur Taugeh Tumis Sos Tiram, Lauk SIMPLE Tapi Bertambah Makan Dibuatnya!
Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung. Buat Satu Jug Simpan Dalam Peti, Lagi Lama Lagi Sedap!
Artikel Popular
Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup
Resipi Kuih Topi Rangup Tapi Gebu, Sekali Gigit Teringat Zaman Lalu!
Resipi Kacang Shantung Goreng, Rasa Masin & Berlemak Memang Bikin ‘Ketagih’
Rahsia Kuah Soto Ayam Terlajak Sedap, Mesti Ramai Nak Lagi!
Resipi Bubur Berlauk Santan, Nampak Biasa Tapi ‘Berhantu’!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!