sambal tumis telur puyuh

Sambal tumis telur puyuh adalah salah satu hidangan yang ringkas tetapi penuh dengan rasa. Telur puyuh yang digoreng hingga kekuningan memberikan tekstur yang enak, digabungkan dengan sambal pedas manis yang memikat selera.

Hidangan ini sangat sesuai dijadikan menu utama sama ada untuk siang mahupun malam. Pasti akan jadi menu kegemaran keluarga anda!

Jom ikuti resipi ini!

Baca lagi: Resepi Puding Sagu Pelangi, Begini Caranya Dapat Hasil Cantik Dan Tak Hancur

RESIPI SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

Bahan-Bahan Utama:

  • Telur puyuh (direbus dan dikupas kulitnya)
  • 1 sudu makan asam jawa – dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan jus
  • 2 senduk nasi cili kisar
  • 1 biji bawang besar – dihiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci belacan

Cara-Cara Memasak:

1. Rebus telur puyuh sehingga masak, kemudian kupas kulitnya.

2. Goreng telur puyuh dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Angkat dan toskan.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau wangi.

4. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Tumis dengan api sederhana sehingga cili benar-benar masak dan terbit minyak.

5. Tambahkan air asam jawa ke dalam sambal yang sedang dimasak. Gaul rata.

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambal pekat dan sebati.

7. Tambahkan bawang besar yang telah dihiris bulat ke dalam sambal.

8. Masukkan telur puyuh yang sudah digoreng tadi. Gaul rata sehingga semua bahan bersalut dengan sambal.

9. Masak sehingga bawang besar layu.

10. Angkat sambal tumis telur puyuh dan hidangkan bersama nasi panas.

Tips Tambahan:

  • Untuk rasa yang lebih enak, gunakan telur puyuh segar.
  • Tumis cili kisar dengan lama dan kacau sentiasa untuk mengelakkan sambal terasa mentah.
  • Boleh tambahkan sedikit perahan limau nipis sebelum dihidang untuk rasa yang lebih segar.

Sumber: Sabariah Bahasar 

Baca lagi: Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Lari, Teknik Ini Dapat Rangup Sempurna!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN