Cara buat corndog ini sangat mudah dan cepat. Resipi ini berbaloi kerana bahan-bahannya mudah didapati dan penyediaannya tidak rumit.
Makanan ini juga sangat sesuai bagi mereka yang sedang mencari idea untuk berniaga, kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi terutama dalam kalangan kanak-kanak dan penggemar snek.
Dengan satu adunan, anda boleh menghasilkan sekitar 100 batang mini corndog. Jadi, anda boleh buat dalam kuantiti banyak, bekukan dan ia siap untuk dijual bila-bila masa!
Baca juga: Isi Ayam Tak Laku, Bila Buat ‘Chicken Popcorn’ Begini Confirm Berebut Makan!
CARA BUAT CORNDOG MINI
Bahan-bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 1 paket yis mauripan
- 7 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking powder
- Air kosong secukupnya
Cara-cara:
- Gaul rata semua bahan hingga menjadi doh yang tidak cair dan tidak terlalu kental.
- Perap doh selama sejam.
- Selepas itu, doh boleh digunakan.
Tips:
- Simpan sosej yang sudah dicucuk pada lidi ke dalam peti sejuk beku selama 1 hari. Biarkan dia beku terlebih dahulu supaya senang untuk disalut.
- Lap sosej yang sudah dibekukan dengan kain bersih untuk membuang ais. Kemudian, salut dengan adunan tepung.
- Untuk mendapatkan saiz yang sempurna, cedok adunan tepung menggunakan sudu makan sebelum disalut pada sosej. Cara ini lebih mudah.
- Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah minyak panas, kecilkan api sebelum masukkan corndog. Tunggu hingga corndog timbul, kemudian tekan-tekan dengan lembut sebelum diangkat.
Sumber: Puan Nurul Hairi
Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!