resipi chicken chop homemade

Teringin nak makan luar pada hujung bulan ini, dompet tak menyebelahi pula. Tapi kalau anda ikut resipi chicken chop homemade ini, rasanya persis restoran western di luar sana!

Resipi ini lengkap dengan bahan serta cara penyediaan ayam, sos blackpepper, coleslaw dan kentang putar. Mesti anda akan lebih puas hati dan senyum lebar.

Jom buat untuk diri sendiri serta keluarga tersayang.

Baca lagi: Resipi Sambal Telur Mata Ringkas Tapi Sedap, Warna Pun Merah Elok!

RESIPI CHICKEN CHOP HOMEMADE

Bahan-Bahan Utama:

  • Ayam Goreng:
    • Ayam tanpa tulang
    • Tepung Bestari
    • Bread crumbs (warna putih)
    • Minyak untuk menggoreng
    • Bawang putih (ditumbuk)
    • Sos tiram
    • Serbuk lada hitam (Ajishio)
    • Telur
  • Sos Blackpepper:
    • 1 biji bawang Holland (potong dadu)
    • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
    • 1 kiub pati ayam
    • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
    • 4 sudu besar kicap pekat
    • 3 sudu besar sos blackpepper
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar butter
    • 1 sudu besar serbuk lada hitam
    • 2 cawan air (boleh tambah jika ingin lebih kuah)
    • Garam dan gula secukup rasa
  • Coleslaw:
    • 1/4 biji kubis (hiris halus)
    • 1 biji lobak merah (disagat)
    • 4 sudu besar mayonis
    • Sedikit lada sulah, garam, dan gula
  • Kentang Putar:
    • 5-6 biji kentang
    • 1 sudu besar butter
    • 1/4 cawan susu segar
    • Serbuk lada sulah
    • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Penyediaan Ayam Goreng:

1. Tumbuk bawang putih dan gaulkan dengan ayam, sos tiram, dan serbuk lada hitam. Perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.

2. Sebelum menggoreng, masukkan sebiji telur ke dalam ayam yang diperap dan gaul sebati.

3. Celupkan ayam ke dalam campuran Tepung Bestari dan bread crumbs hingga bersalut rata.

4. Panaskan minyak, goreng ayam dengan api sederhana sehingga masak sempurna dan keemasan.

Penyediaan Sos Blackpepper:

1. Panaskan butter dalam kuali dan tumis bawang Holland hingga layu.

2. Masukkan air, kicap pekat, sos tiram, sos blackpepper, dan serbuk lada hitam. Untuk kuah yang lebih gelap, tambah kicap pekat.

3. Tambahkan kiub pati ayam dan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah. Kacau hingga sebati.

4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga pekat.

5. Sejukkan sedikit, kisar sos untuk tekstur halus, kemudian panaskan kembali sebelum dihidangkan.

Penyediaan Coleslaw:

1. Campurkan kubis yang dihiris, lobak merah, dan mayonis. Gaul rata.

2. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam, dan gula.

3. Jika suka, tambahkan sedikit susu segar untuk tekstur yang lebih lembut.

4. Simpan dalam peti sejuk hingga waktu hidangan.

Penyediaan Kentang Putar:

1. Rebus kentang hingga empuk.

2. Lenyek kentang dan campurkan dengan butter, susu segar, dan serbuk lada sulah.

3. Perasakan dengan garam dan kacau hingga sebati.

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Resipi Lala Tumis Yang Ringkas Tapi Sedap, Aromanya Pasti Memikat Selera

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN