buah delima

Buah delima memang terkenal dengan rasa manis yang unik dan banyak khasiatnya. Selain sedap dimakan, buah ini kaya dengan antioksidan dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Tapi, untuk menikmati semua manfaat itu, penting untuk pilih buah yang terbaik. Memilih buah yang masak dan berkualiti memastikan anda dapat rasa yang sedap dan nutrisi yang maksimum.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tips mudah untuk membantu anda memilih delima yang manis dan segar.

Baca juga: Cara Pilih Buah Betik, Perhatikan 3 Benda Ini Supaya Tak Tersalah Beli

CARA PILIH BUAH DELIMA YANG BERKUALITI DAN MANIS

buah delima

Berikut adalah panduan lengkap untuk membantu anda memilih buah  yang berkualiti:

1. Warna Kulit yang Gelap

Pilih buah yang berwarna gelap. Ini tanda ia masak dan berkualiti. Elakkan yang terlalu terang, kerana mungkin belum matang di dalam.

2. Periksa Permukaan Kulit Buah Delima

Buah delima mudah diserang serangga perosak. Pastikan tiada tompokan atau bintik pada kulitnya untuk memastikan buah tersebut masih segar dan enak dimakan.

3. Rasa Berat dan Bunyi Ketukan

Buah yang masak biasanya terasa berat. Goncang perlahan dan jika mengeluarkan bunyi, itu petanda bijinya berkualiti.

4. Tekstur yang Lembut

Buah delima masak akan terasa lembut bila ditekan, tetapi jangan sampai terlalu lembik. Jika lembik sangat, mungkin sudah busuk.

5. Permukaan Licin Tanpa Lubang

Semasa membeli, perhatikan permukaan buah. Pastikan ia licin dan tiada lubang atau calar, menandakan isi dalamnya juga baik.

Sumber: IDN TIMES

Baca juga: Tips Pilih Buah Mangga Yang Ranum, Manis & Lazat. Memang Berkesan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN