resepi telur puyuh

Sudah lama teringin makan telur puyuh, jadi kali ini kami nak kongsikan resepi Telur Puyuh Berempah yang pastinya bakal memikat selera anda sekeluarga.

Seperti perkongsian oleh Nurul Ateekah di Facebook, resepi Telur Puyuh Berempah ini bertambah sedap jika ada ikan kering atau sambal ikan bilis. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Gulai Telur Padang, Lauk Orang Minangkabau Yang Cukup Menyelerakan

RESEPI TELUR PUYUH BEREMPAH

resepi telur puyuh

Bahan-bahan:

  • 40 biji telur puyuh
  • 1 batang kayu manis (kecil)
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang merah (dihiris atau tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris atau ditumbuk)
  • Sedikit halia (dihiris atau ditumbuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 6 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan air masak
  • Minyak (untuk menumis)
  • Garam dan perasa Knorr atau maggi atau tumix

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, telur puyuh direbus dan dikopek kulitnya setelah masak.

resepi telur puyuh

2. Kemudian, bancuhkn rempah daging bersama air putih dan gaulkan sebati (ketepikan dulu).

3. Selepas itu, panaskan minyak masak dan masukkan serai, daun kari, bawang putih,bawang merah, halia, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga.

4. Setelah bahan-bahan tadi sudah masak dan naik bau, masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan air tadi dan masak sehingga pecah minyak.

*Pastikan menggunakan api perlahan dan selalu kacau dengan senduk agar rempah tak hangit dan masak dengan betul, baru terbitnya pecah minyak.

5. Jika nak berkuah sedikit, masukkan sedikit air, tapi masakan berempah hendaklah pekat barulah sedap.

6. Seterusnya, perasakan dengan garam dan secukup rasa.

7. Akhir sekali, baru letak telur puyuh yang direbus dan dikopek kulitnya dan gaul sebati. Siap untuk dihidang!

Selain dijadikan sebagai lauk untuk makan dengan nasi, anda juga boleh buat resepi Telur Puyuh Berempah ini dan nikmatinya bersama roti pada waktu sarapan atau minum petang di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Telur Masak Kurma Paling Beraroma, Ini Rahsia Kuah Nampak Pekat & Lebih Berselera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN