cara rebus kacang kuda

Rupa-rupanya ada cara rebus kacang kuda supaya cepat empuk dan lembut tanpa memakan masa yang lama. Hasilnya memang sama seperti yang kita selalu makan kat pasar malam itu.

Kalau salah teknik rebus kacang kuda, ia boleh jadi keras, lambat masak dan tak empuk. Kalau terlebih rebus pula, kacang boleh jadi ‘benyek’ dan hancur pula.

Ada juga yang anggap bahawa merebus kacang kuda memakan masa yang lama. Tapi sebenarnya ada cara mudah dan cepat yang boleh dicuba. Ikut tips yang dikongsi oleh Puan Ani Zam di bawah.

Baca juga: Tak Perlu Rendam Air Semalaman, Ini Cara Rebus Kacang Merah Agar Cepat Empuk!

CARA REBUS KACANG KUDA CEPAT EMPUK

cara rebus kacang kuda

Langkah-langkah rebus kacang kuda:

  1. Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman.
  2. Pada pagi keesokannya, cuci kacang hingga bersih dan toskan.
  3. Masukkan kacang ke dalam periuk nasi (rice cooker) dan tambahkan air sehingga melepasi aras kacang.
  4. Hidupkan suis periuk nasi (pastikan periuk dalam keadaan “on” untuk kacang masak dengan baik).
  5. Tambahkan setengah sudu teh serbuk bikarbonat (soda) untuk mempercepatkan kacang menjadi empuk.
  6. Setelah air mula mendidih, masukkan garam, gula, dan serbuk kunyit secukupnya.
  7. Masak sehingga kacang kuda empuk.
  8. Apabila kacang sudah empuk, matikan suis periuk nasi dan angkat periuk.
  9. Tuang kacang ke dalam tapisan untuk mengeluarkan lebihan air.
  10. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Sumber: Ani Zam

Baca juga: Kacang Salut Tepung, Snek Rangup Yang Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN