kupang masak

Kupang adalah hidangan yang digemari ramai, terutama bagi pencinta makanan laut. Kupang masak apa pun sedap, tetapi ada satu masalah yang sering dihadapi, iaitu isi kupang menjadi kecut ketika dimasak.

Makanan laut ini mempunyai rasa yang unik teksturnya yang lembut, menjadikannya pilihan yang popular untuk diolah kepada pelbagai masakan menarik.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa tip mudah untuk memastikan kupang yang dimasak tidak menjadi kecut. Dengan mengikuti petua ini, anda boleh menikmati kupang yang lembut dan berjus.

Baca juga: Resipi Kupang Masak Pedas Berapi, Makan Sampai Berpeluh Dahi!

KUPANG MASAK APA PUN SEDAP, INI TIPS AGAR TIDAK KECUT

kupang masak

Berikut merupakan tips kupang supaya tidak kecut selepas dimasak:

1. Goreng isi kupang sekejap sebelum dimasukkan ke dalam sambal. Ini membantu memastikan isi tidak kecut dan tetap kembang. Dengan cara ini, bila anda gigit, isi kupang akan terasa lembut dan sedap.

2. Selepas menggoreng, gunakan minyak yang sama untuk menumis sambal. Ini akan memberikan rasa yang lebih menyatu. Teknik ini juga boleh digunakan jika anda ingin membuat rendang kupang.

Dengan mengikuti tips ini, anda pasti dapat menghasilkan hidangan kupang yang sedap dan memuaskan. Selamat mencuba!

Sumber: Halimatun AsSaadiah Ismail

Baca juga: Tip Pilih Kupang Segar & Cara Siang Yang Betul, Penting Buang ‘Bahagian’ Ini Untuk Elak Sakit Perut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN