Resipi kari ikan lengat ini adalah pilihan tepat bagi mereka yang mahukan rasa kari yang asli tanpa menggunakan santan. Rasa kari ini seimbang antara pedas, masam, dan masin dengan aroma rempah yang pekat.
Selain itu, resipi ini menggunakan ikan tongkol sebagai sumber protein utama. Tetapi sekiranya anda tidak suka ikan tongkol, boleh gantikan dengan ikan kembung atau tenggiri.
Jom lihat resipi kari ikan lengat di bawah ini.
Baca lagi: Cara MUDAH Buat Ikan Lengat Kukus, Hanya Guna 4 Bahan Saja
RESIPI KARI IKAN LENGAT
Bahan-Bahan
Bahan A:
- 2 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 tangkai daun kari
- Cili kering kisar
Bahan B:
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- ½ sudu kecil halba
- ½ sudu kecil biji sawi
- 5-6 sudu besar rempah kari
Bahan Lain:
- Ikan tongkol lengat kukus – Boleh menggunakan ikan lain jika suka, tapi ikan tongkol lebih sedap.
- Tomato
- Cili padi atau cili merah
- Air kukusan ikan lengat
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A (bawang besar, bawang putih, daun kari, dan cili kering kisar). Kacau hingga naik bau dan bahan-bahan berwarna keperangan.
2. Setelah itu, masukkan jintan manis, jintan putih, halba, dan biji sawi dari bahan B ke dalam periuk. Kacau seketika hingga rempah-rempah mula mengeluarkan bau yang wangi.
3. Masukkan bancuhan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah tersebut pecah minyak. Pastikan kuah tidak terlalu kering, tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Tuangkan air kukusan ikan lengat ke dalam periuk. Jika kuah nampak terlalu pekat, boleh tambah sedikit air lagi mengikut kesesuaian.
5. Letakkan ikan tongkol lengat yang telah dikukus ke dalam kuah. Masak sehingga kuah berkurang sedikit dan semua rasa sebati. Rasa kuah dahulu dan tambahkan garam atau asam jika perlu, sehingga mencapai rasa yang diinginkan.
6. Akhir sekali, masukkan potongan tomato dan cili padi atau cili merah ke dalam kari. Biarkan ia mereneh seketika sehingga tomato sedikit lembut. Ini memberikan rasa masam manis yang menyedapkan kari.
7. Setelah semua bahan meresap dan kari kelihatan pekat, angkat dari dapur.
Selamat mencuba!
Sumber: Noor Ali
Baca lagi: Cara Mudah Buat Garlic Spread Yang Sedap, Tinggal Gaul & Terus Boleh Guna!