Mak-mak paling suka resipi yang cepat siap, maklumlah banyak lagi tugas di rumah yang perlu diselesaikan. Selepas ini, anda boleh cuba masak Pedas Ikan Kembung yang mudah pula.
Resipi untuk memasak hidangan ini tak susah mana pun, sedangkan orang yang baru belajar memasak pun boleh buat sampai sedapnya menjadi.
Macam mana nak masak Pedas Ikan Kembung yang paling cepat tapi tetap sedap? Nak tahu, kenalah ikut resipi yang dikongsikan oleh Leha Yusuf di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya
CARA MASAK PEDAS IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan kembung (goreng dulu)
- 3 biji cili padi (nak lebih pedas, boleh saja letak lebih)
- 2 biji cili hidup merah
- ½ biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- ½ inchi halia
- 2 helai daun limau
- 1 sudu cili kisar
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu sos cili
- 4 sudu kicap manis (nanti boleh rasa nak lebih atau kurangkan)
- Sedikit perahan asam jawa
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak, kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, daun limau dan tumis sampai naik bau.
2. Selepas itu, masukkan cili kisar dan cili padi, kemudian masak sampai pecah minyak.
3. Seterusnya, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis, kemudian kacau sebati dan terus masukkan air perahan asam jawa.
4. Akhir sekali, kacau sebati dan letak sedikit garam halus. Rasa dahulu dan tambah kicap jika perlu. Siap untuk dihidang!
Buat pengetahuan anda, resipi ini boleh dipelbagaikan dengan menggunakan ikan jenis lain juga. Manalah tahu jemu makan ikan kembung, esok-esok boleh cuba ikan bawal pula.
Setelah masak Pedas Ikan Kembung ini, anda akan terkejut dengan hasil pedas dan manisnya yang cukup serasi dan kena dengan citarasa ramai. Silap-silap, makan sampai bertambah nasi dibuatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Leha Yusuf
Baca juga: Ikan Goreng Sambal Simple, Main Campak-Campak Pun Rasa Tetap ‘Power’