kek tahan lama

Sesiapa yang sering mempunyai masalah kek yang tak dapat dimakan, jangan risau kerana kami ada beberapa tips menarik supaya anda dapat simpan kek tahan lama di rumah.

Biasanya kek mentega atau kek span boleh tahan lama dalam 3 hingga 5 hari pada suhu bilik. Namun, ketahanan kek bergantung kepada bahan yang digunakan, cara bakar, kebersihan, suhu bilik dan lain-lain.

Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk anda gunakan supaya dapat simpan kek tahan lama di rumah. Jom kita tengok!

Baca juga: Cara Simpan Lobak Merah Berbulan Tanpa Lembik, Segar Macam Baru Beli!

TIPS SIMPAN KEK TAHAN LAMA

1. Sekiranya anda nak simpan kek kosong (tanpa aising), balut kek dengan plastic wrap, kemudian masukkan dalam bekas plastik dan letak dalam almari.

kek tahan lama

2. Jika nak kek kosong tahan lebih seminggu, anda perlu masukkannya ke dalam peti sejuk di bahagian chiller.

3. Kek kosong juga boleh disejuk bekukan sehingga 3 bulan, jadi anda boleh simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku sehingga sampai masa nak digunakan nanti.

kek tahan lama

4. Bagi menyimpan kek berhias dengan aising krim mentega, krim segar atau coklat, lebih elok anda simpan dalam bekas plastik atau kotak kek dan letakkan dalam peti sejuk di bahagian chiller.

5. Kek beraising tak sesuai disejuk bekukan kerana bimbang tekstur dan rasanya akan hilang, jadi jangan terfikir untuk melakukannya.

6. Jika mempunyai lebihan kek yang sudah dipotong, simpan potongan yang tak habis itu ke dalam bekas bertutup supaya tak kering.

Cara ini bukan saja berguna kepada mereka yang buat kek di rumah, malah anda yang dapat pemberian kek daripada orang lain atau beli dari luar juga boleh guna tips ini.

Selepas menggunakan tips menarik ini, anda pasti akan puas hati kerana kek tahan lama. Jadi, tak perlulah risau buat kek di rumah atau tak dapat habiskannya dalam satu hari sekalipun.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Noraini Zakaria

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN