kek buah kukus

Tanyalah kepada sesiapa saja tentang kek klasik yang boleh kembalikan nostalgia zaman dulu-dulu, mesti ramai yang akan jawab Kek Buah Kukus.

Nak mengimbau kenangan lama, bolehlah buat resipi Kek Buah Kukus yang dikongsikan oleh Rohani Ronnie di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Pisang Kukus Paling Mudah, Lembut Dan Gebunya Rasa Klasik

RESIPI KEK BUAH KUKUS

kek buah kukus

Bahan-bahan:

  • 1 ketul butter
  • ½ cawan air panas
  • 1½ cawan gula pasir (dibuat gula hangus)
  • 2 cawan buah kismis hitam
  • 1 cawan buahan campuran
  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur gred A atau B
  • ½ cawan gula aising
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen oren
  • 1 sudu kecil krim of tartar
  • 3 sudu kecil oren sunquick
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara membuat kek buah kukus:

1. Mula-mula, masak gula pasir sehingga hangus jadikan karamel, kemudian masukkan air dan kacau sebati.

2. Masukkan butter dan kacau sehingga larut. Masukkan kismis dan buah campuran. Biarkan seketika sehingga buah kismis menjadi lembut.

3. Masukkan esen oren dan sunquick pula. Setelah sebati, ketepikan dan biarkan agak suam.

4. Sementara itu, putar telur bersama gula aising dan susu pekat, pukul sehingga kembang.

5. Ayak tepung gandum bersama krim of tartar, baking powder dan soda bikarbonat.

6. Masukkan tepung yang telah diayak di dalam adunan buah campuran tadi dan kacau sebati, kemudian barulah masukkan telur yang telah diputarkan dan kacau sebati lagi.

kek buah kukus

7. Setelah itu, barulah boleh masukkan di dalam tin pembakar (saya guna loyang 8 inci), tutup dengan kain atau plastik jernih dan ikat keliling dengan tali supaya air tak masuk apabila dikukus nanti.

8. Panaskan kukusan terlebih dahulu, kemudian baru kukus selama 4 jam. Kena sentiasa perhatikan air kukusan kerana takut kering, jadi tambahkan air apabila perlu.

9. Selepas 4 jam, anda boleh angkat dan simpan dalam bekas bertutup supaya kek buah kukus akan jadi lembab dan moist. Siap untuk dinikmati!

Setelah membuat resipi Kek Buah Kukus ini, kami yakin anda akan teruja dengan hasilnya yang sangat lembap dan kaya dengan rasa buah-buahan.

Selamat mencuba!

Sumber: Rohani Ronnie

Baca juga: Kek Oren Kampung, Bau Klasik Buat Kita Teringat Air Tangan Nenek

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN