harga nasi lemak

Siapa sangka, penggemar nasi lemak sanggup berbelanja RM410 untuk hidangan yang digemari ramai? Mungkin ada yang menganggap harga nasi lemak ini tidak masuk akal! Namun, nasi lemak tersebut dihidangkan dengan lauk ‘kayangan’ seperti lobster dan udang kara.

Perkara ini dikongsikan dalam video TikTok oleh peniaga di Dungun, Terengganu. Dalam rakaman, peniaga itu membungkus tujuh hidangan nasi lemak sebelum pelanggan dari Besut membuat pilihan lauk, termasuk dua ekor udang kara, dua sotong jumbo, dan ayam goreng.

Baca juga: Hanya Petik Buah Durian, Lelaki Ini Dedah Raih Pendapatan RM9,227 Sebulan!

Harga Nasi Lemak Bernilai RM410 Buat Netizen Tergamam

Sejak tular, video itu meraih 1,8 juta tontonan, dengan netizen terkejut melihat pelanggan berbelanja sebanyak itu. Ramai pengguna berpendapat harga nasi lemak tersebut setara dengan perbelanjaan barang dapur untuk satu keluarga.

Netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi; ada yang terkejut dengan harga yang dianggap mahal, sementara yang lain memahami bahawa harga makanan laut, terutama lobster, memang tinggi. Bagi mereka, harga RM410 itu dianggap “masuk akal” berbanding harga pasaran.

Beberapa individu juga memuji peniaga terbabit kerana kreatif dalam mencipta kelainan untuk menarik pelanggan dengan menjual lauk yang jarang ditawarkan di premis nasi lemak lain.

“Kalau aku dapat makanan dengan harga sebegini, nak buang air besar pun sayang wehh. Beli mahal-mahal. Kita tak mampu, tengok orang sahajalah. Duit banyak ini cukup beli barang dapur sahaja,” seloroh seorang pengguna.

Sumber video:

@juraidamamad2

orang besut sila hadir🦑🦑🦑🦞🦞

♬ bunyi asal – umi nasi lemak – umi nasi lemak

Sumber: Vocket

Baca juga: Tular Video Peniaga Basuh Kuali Roti Canai Guna Air Longkang, Kembang Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN