simpan serai tahan lama

Serai adalah ramuan yang popular dalam masakan Melayu, bukan sahaja kerana aromanya yang menyegarkan tetapi juga kerana khasiatnya. Bagi mereka yang ingin simpan serai tahan lama, petua menyimpan serai dengan betul adalah sangat penting.

Dengan langkah-langkah yang ringkas, anda boleh memastikan serai kekal segar dan tahan lama. Dari cara membersihkan hingga memotong dan menyimpannya, setiap langkah penting untuk memastikan aroma dan rasa serai tidak hilang.

Jadi, jika anda ingin mengelakkan masalah serai kering atau rosak, ikuti petua di bawah.

Baca juga: Air Rebusan Serai Bukan Biasa-Biasa, Boleh Elak Kencing Kotor & ‘Flush’ Kuman!

CARA SIMPAN SERAI TAHAN LAMA

  1. Potong serai kecil-kecil.
  2. Masukkan dalam plastik kedap udara atau tupperware.
  3. Simpan dalam peti ais di bahagian sejuk beku (freezer).

Tips: Sampai mana nak potong bahagian serai? Potong serai sehingga ke bahagian yang mempunyai alur warna kemerahan di tengah-tengah. (Bahagian itu mempunyai aroma bau serai yang kuat)

Selamat mencuba!

Berikut adalah ringkasan khasiat serai:

  • Membantu Pencernaan: Serai baik untuk sistem pencernaan dan boleh mengurangkan masalah perut.
  • Antibakteria dan Antifungal: Mampu melawan jangkitan dan meningkatkan kesihatan imun.
  • Menurunkan Tekanan Darah: Boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan Kesihatan Kulit: Sifat menenangkan membantu mengurangkan jerawat dan meredakan kulit meradang.
  • Penghadang Stres: Aroma serai menyegarkan dapat mengurangkan stres dan meningkatkan mood.
  • Detoksifikasi: Bertindak sebagai diuretik semulajadi, membantu mengeluarkan toksin.

Sumber: DLA AMaya

Baca juga: Jom Cuba Resipi Lala Masak Serai Untuk Berbuka, Satu Keluarga Makan Berselera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN