puding roti marble

Pelbagai jenis pencuci mulut kreatif dihasilkan dan salah satunya adalah Puding Roti Marble dengan warna unik yang membuat ramai tertarik melihatnya.

Boleh dikatakan semua orang pernah hadapi masalah roti berlebihan, sampaikan ia masih belum habis dimakan walaupun sudah hampir ke tarikh luput.

Oleh itu, terdapat beberapa resipi menarik dibuat dengan menggunakan lebihan roti di rumah seperti Puding Roti Marble yang menjadi kesukaan mak-mak sekarang.

Anda akan tahu betapa sedapnya puding yang cantik dipandang ini dengan mengikut resipi Puding Roti Marble oleh Nurul Munirah Jamaludin di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Karamel Kukus Guna Roti Gardenia, Hasil Pasti Menjadi!

RESIPI PUDING ROTI MARBLE

puding roti marble

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • ¾ tin susu pekat
  • 2 biji telur
  • 6 cawan air
  • 20g agar-agar tali
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula
  • ½ sudu besar esen vanilla
  • Pewarna

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong 6 keping roti secara kecil-kecilan supaya mudah dikisar.

2. Selepas itu, kisar roti yang telah dipotong bersama susu cair, susu pekat dan telur.

3. Kemudian, masukkan air ke dalam periuk. Letak agar-agar tali dan masak sehingga agar-agar larut.

4. Masukkan gula, esen vanilla dan tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sebati.

5. Seterusnya, tuang dan agihkan kepada tiga bahagian atau mangkuk. Masukkan pewarna yang berlainan.

6. Tuang ke dalam tray, kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Setelah itu, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!

puding roti marble

Setelah membuat resipi ini, anda akan terpukau melihat hasilnya yang begitu cantik dan tak lembik langsung apabila dimakan.

Dengan hasil sebegini rupa, anda boleh jadikan Puding Roti Marble sebagai pencuci mulut menarik untuk apa-apa jenis jamuan sekalipun.

Pendek kata, ia merupakan pencuci mulut yang boleh dinikmati tak kira di mana anda berada. Paling sedap ketika cuaca panas, dapat makan sejuk-sejuk memang nikmat tak terhingga.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Munirah Jamaludin

Baca juga: Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN