bekas kicap

Seorang pakar pemakanan telah menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran koloni bakteria dalam bekas kicap di restoran. Beliau memberi amaran bahawa penggunaan perasa yang tercemar boleh mengakibatkan keracunan makanan.

Baca juga: Terharu! Bapa Ini Belikan Barang Dapur Walaupun Anak Dah Berkahwin, Tersentuh Hati Melihat

BAHAYA BINTIK PUTIH PADA BEKAS KICAP, HATI-HATI!

Dalam sebuah perkongsian di Facebook awal bulan lepas, Pakar Pemakanan Siin Lin Guan Liang menggesa orang ramai untuk memeriksa botol kicap di restoran sebelum menggunakannya. Menurutnya, botol tersebut sering menjadi tempat pembiakan untuk koloni bakteria dan kulat.

“Tompok-tompok putih yang terdapat dalam botol ini adalah koloni bakteria. Ia boleh jadi bakteria atau kulat. Setiap titik putih kecil mungkin mengandungi banyak bakteria. Jadi, cuba anda kira berapa banyak titik putih yang ada dalam botol itu?” tulisnya.

bekas kicap

Lin menjelaskan bahawa walaupun ramai orang sering menyalahkan makanan yang dihidangkan kerana menyebabkan cirit-birit, tetapi ia juga mungkin disebabkan oleh makanan yang tidak bersih.

Di samping itu, dia turut menjelaskan bahawa nasihatnya tidak bertujuan untuk menakutkan orang ramai dari menggunakan kicap di restoran. Sebaliknya, ia adalah langkah berjaga-jaga yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko keracunan makanan.

Beliau juga menambah bahawa bintik putih dalam botol kicap boleh disebabkan oleh taburan garam yang dilakukan oleh pemilik restoran.

Jadi, penting untuk memeriksa keadaan botol kicap sebelum makan. Pastikan tiada bintik putih di bahagian atas botol. Tindakan ini dapat membantu anda mengelakkan risiko keracunan makanan.

Sumber: Says

Baca juga: Mille Crepe Cake Bukan Hanya Letak Krim Semata-Mata, Tapi Ini Asal Usul Yang Sebenar…

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN