resepi ayam goreng seringgit

Ramai teringin tahu resepi Ayam Goreng Seringgit yang sering dijual oleh peniaga di gerai tepi jalan. Akhirnya, kami dah jumpa resepi yang sesuai untuk anda cuba!

Sesiapa pun pasti suka untuk nikmati ayam goreng, lebih-lebih lagi jika dapat buat resepi Ayam Goreng Seringgit yang sedap dimakan bersama sos cili yang lazat.

Seorang peniaga ayam goreng iaitu Murni Rahmat telah kongsikan resepi Ayam Goreng Seringgit di Facebook yang ternyata ada rahsia di sebalik ayam yang rangup di luar. Jom kita cuba!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!

RESEPI AYAM GORENG SERINGGIT

resepi ayam goreng seringgit

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam (potong 22 hingga 24)

Bahan kisar (kisar sampai halus):

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 bawang besar (saiz kecil)
  • Seinci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Garam dan serbuk perasa adabi
  • 1 sudu besar serbuk kari

Bahan-bahan tepung salut:

  • 1 cawan tepung bestari pedas
  • 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
  • 1 sudu tepung ubi atau tepung beras

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, perapkan ayam dengan bahan kisar dan tambah sedikit tepung kering dalam 3 sudu, perapkan. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam dan tuang sedikit tepung.

2. Masukkan ayam dalam 5 hingga 6 ketul.

3. Sendukkan tepung salut ke atas ayam.

4. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit).

5. Apabila tepung sudah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas (boleh salut 2 kali untuk kesan lebih rangup).

6. Goreng ayam dalam minyak yang banyak (pastikan ayam tenggelam, untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil).

7. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup di minit terakhir sebelum ayam masak (cara ini akan buat ayam rangup di luar dan berjus di dalam). Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

resepi ayam goreng seringgit

Bagi memudahkan resepi Ayam Goreng Seringgit ini, anda boleh gunakan tepung bestari saja tanpa ada campuran tepung lain. Selain itu, boleh guna tepung bestari yang tak pedas atau apa-apa jenis tepung goreng yang lain.

Selamat mencuba!

Sumber: Murni Rahmat

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Basah, Hirup Kuahnya Makin Berselera

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN