Menggoreng ikan bilis rangup ada petuanya! Salah satu rahsia yang berkesan adalah dengan menggoreng ikan bilis dua kali.
Hasilnya memang tidak mengecewakan, sangat rangup krup krap! Jika anda ingin menikmati ikan bilis yang rangup dan sedap, cubalah cara di bawah ini.
Baca juga: Sambal Ikan Bilis Rangup Guna 3 Bahan, Sedap Sampai Sorok Tak Nak Kongsi!
CARA GORENG IKAN BILIS GARING
Petua goreng ikan bilis ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Reyna Zain. Berikut merupakan cara-caranya:
“Betul apa yang chef itu katakan. Ikan bilis perlu digoreng dua kali untuk mendapatkan tekstur yang garing krup, krup, krup! Tak percaya? Cubalah sendiri. InsyaAllah, jadi!”
Caranya:
- Basuh ikan bilis sebelum digoreng untuk kali pertama.
- Apabila minyak sudah panas, goreng ikan bilis seperti biasa. Angkat dan toskan minyaknya seperti biasa. Biarkan sejuk sebentar.
- Untuk gorengan kali kedua, panaskan semula minyak yang sama. Setelah minyak benar-benar panas, masukkan semula ikan bilis yang telah digoreng kali pertama.
- Goreng sekejap sahaja (pada masa ini, anda boleh melihat struktur ikan bilis yang sudah mengembang). Angkat dan toskan minyaknya.
- Setelah sejuk, simpan ikan bilis dalam bekas yang kedap udara.
Selamat mencuba!
Kredit: Reyna Zain
Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!