resepi lasagna roti

Terlalu banyak lebihan roti di rumah sampai tak tahu nak buat apa, jangan risau kerana anda boleh cuba buat resepi Lasagna Roti dengannya.

Lasagna merupakan salah satu hidangan khas Italia yang sangat popular di seluruh dunia kerana makanan ini kaya dengan kandungan protein daripada keju dan daging cincang.

Selama ini kita ingat pasta hanyalah hidangan seperti spaghetti dan macaroni, tapi sebenarnya resepi Lasagna Roti juga tergolong sebagai salah satu hidangan pasta tau.

Resepi Lasagna Roti yang dikongsikan oleh Fatin Sihan di Lemon8 ini nampak sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Roti Simple Dengan 5 Bahan, Anak Mesti Tak Berani Tolak Punya!

RESEPI  LASAGNA ROTI

resepi lasagna roti

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti putih
  • ½ biji bawang Holland
  • 200g daging cincang
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • ½ botol tomato puree
  • Butter
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan susu segar
  • ½ cawan whipping atau cooking cream
  • Mozzarella Cheese
  • Cheddar Cheese

Cara-cara:

1. Mula-mula, tumis bawang Holland dan masukkan daging cincang. Biarkan ia masak.

2. Kemudian, masukkan garam, mixed herbs seperti oregano dan basil, tomato puree. Masak dan biarkan dahulu.

3. Selepas itu, buat sos putih dengan kuali lain. Masukkan butter dan masak sampai cair, kemudian letak tepung gandum dan gaul sebati.

4. Seterusnya, masukkan susu segar dan whipping cream. Gaul sehingga sebati dan masak semuanya.

5. Setelah masak, masukkan lapisan sos putih dulu ke dalam mangkuk yang tahan panas. Kemudian, letakkan roti putih yang telah dileperkan (boleh potong dua jika mangkuk kecil).

resepi lasagna roti

6. Masukkan adunan daging tadi dan lapiskan dengan sos putih lagi, kemudian letakkan cheddar cheese. Ulang langkah sampai habis bahan.

7. Letakkan mozzarella cheese pada bahagian atas. Boleh bakar dalam air fryer atau oven dengan menggunakan suhu 160ºC selama 20 minit. Siap untuk dinikmati!

Gunakan lebihan roti yang ada sebaik mungkin dengan resepi Lasagna Roti ini dan semestinya keluarga anda akan terliur nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatin Sihan

Baca juga: Roti Sardin Goreng Tanpa Telur, Sedapnya Boleh Tahan Sampai Petang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN