resipi daging goreng

Resipi daging goreng ini terlajak senang dan mudah kerana untuk memasaknya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Rasanya sudah tentu sedap dan membangkitkan selera sekiranya dimakan bersama nasi putih yang masih berasap-asap.

Selain itu, jika anda ingin lebih rasa pedas, boleh tambahkan cili kisar atau cili padi ketika menumis nanti.

Jom baca resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Nasi Daging Kurma, Sesuai Untuk Anak Yang Suka Nasi Berperisa

RESIPI DAGING GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300g daging (dihiris nipis)
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1 sudu besar sos hoisin *
  • 1 sudu besar cuka makan *
  • 1 sudu besar gula *
  • 1/2 kiub pati ayam (dibancuh dengan 1/2 cawan air) *
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam *
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1/2 biji bell pepper (dipotong kecil)
  • 1/2 biji bawang holland (dipotong kecil)
  • 2 tangkai daun bawang (dipotong)

Cara Penyediaan:

1. Ambil daging yang telah dihiris nipis dan perap dengan 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar tepung jagung, dan 1 sudu besar minyak masak.

2. Gaul sebati dan biarkan perapan selama kira-kira 15 minit untuk memastikan daging menyerap rasa.

3. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali menggunakan api yang kuat.

4. Goreng daging yang telah diperap selama lebih kurang 3-4 minit sehingga ia sedikit keperangan.

5. Masukkan bawang putih dan halia yang telah dihiris, kemudian kacau sebati sehingga naik bau.

6. Masukkan bancuhan kiub pati ayam bersama bahan-bahan bertanda (*) iaitu sos tiram, sos hoisin, cuka makan, gula, dan serbuk lada hitam.

7. Kacau sehingga semuanya sebati dan kuah mula mendidih.

8. Tambahkan bell pepper dan bawang holland yang telah dipotong kecil. Kacau sehingga sayuran sedikit layu dan masak sebati dengan daging.

9. Bancuh 1 sudu besar tepung jagung dengan 2 sudu besar air, kemudian masukkan ke dalam masakan untuk memekatkan kuah.

10. Kacau sehingga kuah menjadi pekat mengikut kehendak anda.

11. Tutup api dan taburkan daun bawang di atas masakan untuk aroma tambahan.

12. Hidangkan dengan nasi panas untuk melengkapkan hidangan ini.

Sumber: Khairul Abdullah

Baca lagi: Sandwich Smoked Chicken Toast With Egg, Idea Bekal Sekolah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN