cara buat mee bandung

Siapa sini yang suka makan mee bandung? Kali ini, MyResipi nak kongsikan cara buat mee bandung ala kedai tomyam yang mudah dan pasti memuaskan! Dalam keadaan serba mahal ini, kita semua nak nikmati hidangan sedap tanpa berbelanja lebih.

Resipi ini penuh dengan rasa, kuah pekat yang pasti buat anda terliur. Semua bahan mudah didapati dan tak mahal. Jadi, jom sediakan hidangan istimewa ini untuk keluarga atau rakan. Pasti mereka puji hebat! Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Mee Goreng Togel Ala Mak Cik Kantin Sekolah, Simple Tapi Sedap Yang Amat!

CARA BUAT MEE BANDUNG ALA KEDAI TOMYAM

Bahan-bahan:

  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Cili padi (jika suka)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • Isi ayam dipotong kecil (boleh ganti guna daging)
  • 4-5 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar minyak bijan (jika suka)
  • 2 kiub ayam
  • Lobak merah
  • 1.5 liter air (untuk 2 bungkus mi)
  • Garam, gula dan serbuk perisa
  • Sedikit kicap lemak manis
  • 3 sudu besar lada sulah
  • Kubis
  • Udang/sotong (jika suka)
  • 2 sudu besar bancuhan tepung jagung dibancuh dengan air
  • 3 biji telur
  • Sayur sawi
  • Tomato
  • Cili merah
  • Mi kuning

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi. Lagi sedap jika bawang dikisar atau ditumbuk.
  2. Apabila sudah layu dan naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai cili garing.
  3. Selepas itu, masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil.
  4. Letakkan juga sos tiram, sos cili dan kicap sotong. Kacau sehingga sebati.
  5. Boleh masukkan minyak bijan jika suka. Sambung tumis sehingga pekat dan berkilat.
  6. Sambung ke bahan tumisan tadi, masukkan pula kiub ayam dan lobak merah.
  7. Kemudian, tuangkan air. Bila dah menggelegak, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa.
  8. Selepas itu, tuangkan sedikit kicap lemak manis dan taburkan juga serbuk lada sulah. Kacau sehingga sebati.
  9. Masukkan kubis dulu supaya lembut. Masukkan udang dan sotong jika suka.
  10. Seterusnya, masukkan bancuhan air tepung jagung.
  11. Masukkan pula telur sebiji demi sebiji. Biarkan telur masak.
  12. Kemudian, masukkan sawi atau sayur yang lembut pula.
  13. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili merah potong. Siap kuah mi.
  14. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan mi kuning. Biarkan sehingga air mendidih sekali lagi.
  15. Bila mi dah mendidih, tutup api dan tapis mi. Cuci dengan air untuk hilangkan minyak dan kapur.
  16. Mi kuning sedia untuk dimakan bersama kuah tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Cara Buat Pes Mee Goreng Ala Emak-Emak, Tinggal Tumis Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN