tips simpan tauhu

Jika anda merupakan salah seorang yang sering beli tauhu setiap kali berbelanja barang dapur, kenalah tahu tips simpan tauhu supaya tahan lama.

Tauhu adalah makanan popular yang dibuat melalui proses penapaian susu soya segar, menekannya menjadi blok pepejal dan kemudian menyejukkannya.

Kacang soya merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan yang penting kerana ia kaya dengan serat diet, mineral dan vitamin.

Sebagai bahan ruji dalam masakan Jepun dan Cina, ia boleh dimasak dengan cara yang berbeza untuk mengubah teksturnya daripada lembut hinggalah rangup.

Tauhu mempunyai banyak manfaatnya untuk tubuh badan dan ia sesuai dijadikan sebagai pelengkap hidangan yang lazat.

Berikut merupakan tips simpan tauhu supaya tahan lama yang anda boleh cuba di rumah. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Simpan Santan Kotak Besar Dengan Lebih Jimat, Guna 2 Bahan Saja!

TIPS SIMPAN TAUHU TAHAN LAMA

tips simpan tauhu

1. Mula-mula, cuci tauhu dahulu dengan mengalirkan pada air paip atau air tapis. Hati-hati supaya tauhu tak hancur.

2. Selepas itu, susun tauhu dalam bekas yang sesuai, janji bertutup. Selain menggunakan bekas yang ada siap penapis dan bertutup, anda boleh juga guna tupperware biasa yang bertutup.

3. Rendam sampai tenggelam guna air tapis atau boleh guna air mineral botol.

4. Setelah siap, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller. Tukar air rendaman setiap 3 hari sekali. Cara ini boleh buat tauhu tahan lebih seminggu. Siap!

tips simpan tauhu

Sebagai tambahan dalam tips simpan tauhu ini, anda boleh taburkan sedikit garam bagi memastikan ia tahan lebih lama. Jika tak nak letak garam pun boleh juga.

Anda dinasihatkan untuk beli tauhu dalam kuantiti cukup sekadar untuk makan dalam masa seminggu bagi mengelakkan tauhu rasa tak segar apabila dimasak.

Jangan lupa untuk kongsikan tips simpan tauhu ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda dan semestinya ia berguna untuk dipraktikkan di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dibalicious

Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN